Saturday, October 16, 2010

Kepada Kamu

Kepada kamu...
Aku bahagia begini...
Meniti hari sendiri
Meski sepi tetamu setiaku
Aku sedar,
Setiap langkah kaki ini
Dia menemani...
Dia tahu...
Dia mendengar suaraku...
Dia melihat setiap tingkahku...
Kala insan lain membutakan mata...
Kala mereka memekakkan telinga...
Dia ada...
Selalu...
Membentangkan langit itu
Indah seperti dulu...
Buat tatapanku kala sepi...
Agar aku bisa mencari secangkir ketenangan di situ
Mengintai rahmatnya yang sentiasa luas untukku

Kepada Kamu...
Aku bahagia begini
Merayu kasih dari Dia
Dia yang tak pernah mengecewakan
Dia yang menemaniku pada setiap detik
Dia yang memberi aku peluang
Melihat dunia
Menghirup segarnya udara
Melihat luasnya laut itu terbentang
Ibarat kasih-Nya padaku yang tiada penghujung
Alhamdulillah...
Aku bahagia...



Monday, October 11, 2010

Bahagia Itu Di Mana?

Seketika tadi aku baru aja pulang daripada menduduki peperiksaan. Tatkala mata memandang ke langit, Subhanallah...indahnya langit malam ini. Lantas hati terus teringatkan sesuatu. Hal yang selalu aku lakukan tatkala hati sedang dilanda gundah gulana. Memandang ke atas langit memandang salah sati petanda cinta DIA.Aku teringat mesej dari ibu tengah malam tadi. Mesej pukul dua pagi. Ahaa...terkejut juga kau menerima mesej dari ibu,terutamanya pada jam sedemikian secara tiba2. Seolah ibu tahu apa yang terjadi pada anak daranya yang seorang ini walaupun hal itu sedaya upaya aku sembunyikan. 


"Jgn ikut sedih di hati  kelak akan memakan diri.    Ingat ikrar dan janji, ilmu mesti dipelajari agar senang di kemudian hari. Allah tak pernah mungkir janji bg hamba yg mentaati dan berdoa di dini har. Qada dan qadar itu sesuatu yang pasti. Pasrah dan terima denagn senang hati akan tenang dan damai di hati. Ingat...semua rasa yang kita miliki adalah hak mutlak ALLAH YANG ESA." Tiada kata yang dapat aku balas untuk menjawab mesej tersebut. Lama aku berfikir sebelum mesej itu aku balas. "Kakak...sedih...hahaha rindu rumah mungkin...hehehe." Aku cuba menutup kelam rasa yang ada di jiwa...hahaha aku...selalu begini. Beberapa minit kemudian telefon aku berbunyi lagi...."Jiwa muda jgn diikut,takut nanti memakan diri. Nafsu perlu dibatasi supaya diri terpelihara. Jgn pernah meletakkan bahawa zaman remaja itu sekali sbb kelak ia cuma akan menghancurkan diri sendiri. Labuhkan bahtera perjalananmu hanya untuk mencari Dia dan cinta-Nya kerna kelak pasti bahagia dan ketenangan hakiki itu milikmu. Renung nikmat yang Dia beri bukan mencari seronok dan bahagia yang akhirnya hanya akan memakan diri sendiri. Cuba cari jawapan antara langit dan bumi apa yg memberi kebahagiaan pada diri? Kasih org atau kasih abadi dr Ilahi?" 


Tersentak...tersedu-sedan aku membaca ayat terakhir dari ibu...Ibu, hubungan dan firasatnya terhadap seorg anak amat tinggi. Lantas, terdetik satu persoalan dalam diri....Bahagiakah aku ketika ini?Tenangkah hati dalam melayari hidup?Andai benar aku bahagia,bagaimana rupa bahagia itu?Bahagia...Dari mana datangnya bahagia?Aku terhenti sejenak...bertafakur sejenak....cuba meneladeni erti bahagia itu sedalamnya.Insan bahagia jiga kehendaknya dipenuhi.TIDAK...kadangkala manusia itu mendapat apa yg diidamkan hati mereka tapi mereka tidak pernah puas.Makin mereka mahukan lebih dari itu. Oh insan...teringat aku waktu di sekolah dahulu..."Al-insaanu nisyan....Insan itu sifatnya pelupa." Lalu aku tunduk akur dgn kenyataan itu...Ya manusia lupa. Bila mana mereka telah perolah apa yg mereka idamkn mereka kadangkala lalai,lupa bersujud merendah diri pada Dia yg memberi. Lalu melalui jendela yg terkuak...aku memandang ke langit Bumi...manusia mgkn mdpt apa yg mereka idamkn...mengapai impian yg mereka citakn sekian lama...punya keluarga bahagia...tp semua itu tidak memustahilkn mereka untuk mahu lebih dari itu. 


Manusia sifatnya tidak pernah kenal erti kepuasan dalam hidup. Lalu bagaimana mereka dapat mencipta bahagia andai itu yg berlaku...?? Kerdipan bintang di luar jendela Ku membuka hatiku...Lalaikah aku selama ini??Lekakah aku??Aku bahagia di sini...bahagia dari luaran yg nampak bahagia...tp HATI???tengangkah ia?? Ia....HATI!!HATI yg TENANG itu jaminan bahagia...tapi bagaimana menenangkan hati....INGATlah DIA yg TIDAK PERNAH sekalipun LUPA pada HAMBANYA!!Hati yg tenang itu jaminan bahagia...hati yg tenang itu redha...sujud dalm kerendahan diri mengingatkn DIA yg Maha Agung,Maha Segala...ALHAMDULILLAH Ya RABB...Hanya DIA tempat untuk mencari ketenangan.Syukur DIA memberikan aku teman2 yang selalu mengingatkan ku juga...seorang Ibu yang saaaangattt memahamiku! =)

Sunday, October 10, 2010

Hati Wanita Berbeza Daripada Lelaki

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.
Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isuevergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.
Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta. Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.


Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.
"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.
"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.
Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!
"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.
Penantian satu penyeksaan. Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.


Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.
"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"


Perasaan wanita, lelaki harus hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal. Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain! Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.


Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas. Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis. Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".


Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.




Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

Ustaz Hasrizal 
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT. Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.


taken from..www.iluvislam.com.

Friday, October 8, 2010

SEPATAH DUA KATA

SEPATAH DUA KATA

" Semulia-mulia kebijaksanaan dalam pemerintahan adalah pemeliharaan kaum yang lemah dari kedzaliman kaum yang kuat ".(Confosius).

" Peliharalah lidahmu dari kejahatan, dan dua bibir mulutmu dari berkata
dusta".(Al Mazmur)

" Celakalah bagi mereka yang suka was-was terhadap orang lain, namun tidak was-was pada dirinya sendiri",

" Celakalah bagi orang yang memberi petunjuk pada diri orang lain, namun tidak memberi penerangan untuk dirinya sendiri".

Kunci dari shalat engkau, tasbihmu adalah dengan mencintai makhluk Allah ". ( Dari Syari'ah yang benar).

" Yang penting manusia hidup mulia, bukan kaya harta"( Perumpamaan Inggris). " Barang siapa yang tidak ridha akan sesuatu yang sedikit, maka yang besarpun ia tak akan pernah ridha"( perumpamaan Yunani, abad ketiga SM).

" Mulanya aku marah karena aku tak punya sepatu, namun tatkala tiba-tiba aku melihat orang lebih parah lagi, tak punya kedua kakinya, aku menemukan diriku ridha dengan takdirku". (Perumpamaan China).

HATI YANG PEDIH

HATI YANG PEDIH

di kala hati menangis,
menangisi seribu penyesalan,
atas segala dosa dan khilaf,
hati menjadi pedih....

di kala jiwa berasa sepi...
sepi ketiadaan teman...
atas segala kekurangan diri...
hati menjadi pedih...

di kali hati menjadi gelap,
kegelapan yang menyelubungi jiwa,
atas kekotoran bertompok di jiwa,
hati menjadi pedih...

di kala hati menjadi sakit,
kesakitan melilit di hati,,
atas kesombongandi dalam diri,
hati menjadi pedih...

di kala ku mencari-cari,
mencari jalan keluar,
atas tidak tertahan kepedihan,
hati menjadi buntu...

aku tertanya-tanya,
masih wujudkah sinar,
masih wujudkah harapan,
masih wujudkah ketenangan....

wajahku menunduk hampa,
tubuhku rebah tidak bermaya,
mataku sayu termenung jauh,
hatiku mengigil menahan kesakitan,

suatu suara memanggil-manggil,
tubuhku terdiam kaku,
mataku tercari-cari,
hatiku mulai mendengar...

wahai maknusia,
apakah dirimu berputus asa?
ingatlah wahai insan..
tiada berputus asa,
melainkan kaum yang kafir.....

wahai maknusia,
apakah hatimu ragu-ragu,
ingatlah wahai insan,
rahmat Allah tiada putus-putus,
carilah dengan sepenuh hatimu...

wahai maknusia,
apakah jiwamu kesunyian?
ingatlah wahai insan,
tuhanmu tidak pernah leka,
mendengar keluhan di hatimu....

wahai maknusia,
apakah hatimu mencari cinta?
ingatlah wahai insan...
cinta maknusia akan mati,
cinta Allah kekal selamanya...

wahai maknusia,
apakah jiwa mu menjadi gelap?
ingatlah wahai insan...
hanya Allah yang mencipta kegelapan,
pohonlah kepada tuhanmu,
agar dikeluarkan dirimu dari kegelapan...

wahai maknusia,
apakah hatimu kesakitan?
ingatlah wahai insan...
hanya Allah yang memberi kesembuhan...
berusahalah mengerjakan ibadat...
mudah-mudahan hatimu menjadi pulih...

wahai maknusia,
apakah dirimu menjadi buntu?
ingatlah wahai insan...
Allahlah yang mencipta kesulitan,
Dia juga mencipta jalan keluar darinya...
bersabarlah tatkala ditimpa kesulitan...

wahai maknusia,
apakah dirimu masih mencari-cari?
ingatlah wahai insan...
carilah redha tuhanmu,
di sana dirimu akan menemui jawapan,
segala kesulitan yang dihapimu...

wahai maknusia,
apakah dirmu tidak difahami?
ingatlah wahai insan...
Allah memiliki sifat mengetahui,
hanya dia memahami hambanya...
luahkan lah keluhanmu kepadaNya...
wahai maknusia,
apakah jiwamu mencari ketenangan?
ingatlah wahai insan...
hanya dengan mengingati tuhanmu,
hati akan menjadi tenang...
bertasbihlah kepada tuhanmu selalu...

wahai maknusia,
apakah jiwamu tidak mengetahui?
ingatlah wahai insan...
tempatmu bukan di dunia,
tempatmu hanya di akhirat...
berusahalah mengejar kehidupan di sana....

wahai maknusia,
apakah jiwamu menjadi sombong?
ingatlah wahai insan...
Allah tidak menyukai orang yang sombong,
bersihkanlah hatimu dari kesombongan,
mudah-mudahan dirimu dicintai Allah...

 by : azlan azis
UPM, 9.00 pm... 8/10/2010

Thursday, October 7, 2010

Sabah lagi~(25/9-1/10/2010)

Alhamdulillah...Hanya itu yg mampu aku lafazkan saat aku berada di sana. Alhamdulillah aku berani bersuara di hadapan sidang perwakilan yang lain saat dewan bersidang membentangkan hujah masing2. Syukur aku pernah menjadi anak didik cikgu Harison dan cikgu Kamil. Ya...nama guru2 ku ini akan selalu ku kenang setiap kali aku berucap di hadapan umum. Mereka mendidik aku untuk memberanikan diri berdiri serta memberi pendapat di hadapan khalayak ramai. Syukur juga rakan2 yang mengikuti program itu rata2nya memberi respon positif terhadap idea2 dan keberanian aku untuk berhujah di hadapan sidang perwakilan yang lain. Tapi apa yang pasti perasaan berdebar-debar itu adalah sesuatu yang tidak dapat aku elakkan. Mana tidaknya kebanyakan mereka merupakan orang2 penting yang mewakili universiti masing2. Malahan kebanyakan mereka sebenarnya merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Terasa juga betapa diri ini sangat kerdil tatkala ingin bangun mengutarakan pendapat sendiri. (T.T) Hari terakhir di Sabah hati ini seakan keberatan sekali untuk pulang. Aku tahu pastinya bila aku tiba di Sarawak nanti, banyak kerja2 JPK dan pastinya assignment menanti aku...Ikutkan hati mahu saja aku melarikan diri bersembunyi di bumi Sabah ini...hehehe Namu tanggungjawab tetap tanggungjawab. Aku yang memikul amanah makanya akulah yang perlu mendidik diri untuk memikul tanggungjawab yang telah diberi. =) Ya Allah tabahkan hatiku selepas ini...

Sepi Sendiri

kala ini aku bersendiri lagi
melayari sekeping hati yang dimakam sepi
seolah  memanggil-memanggil
seseorang untuk bersama di sisi menemani

(aku mencari...)

puas aku jelajah ke serata jiwa
mengintai milik siapa yang sempurna
telah aku temui
lantas merisik bertanya cinta
namun ternyata
belum tersurat yang tersirat
takdir aku bukan untuk dia..

(aku kecewa...)

berontak diri membuat aku menatap wajahnya
mencipta khayalan cinta
membiarkan saja ia merajai hati
membuahkan perasaan yang tidak bernyawa
walau aku tahu salah akan diri ini

(aku berdosa..)

belum sempat jauh tersimpang
alhamdulillah..
hidayah itu menyentak aku dgn satu persoalan
apakah aku sebetulnya mendambakan cinta?
atau berTUHANkan cinta?
kerana pencarian ini
benar-benar menjarakkan DIA yang Maha Cinta..

(aku menyesali...)

aku tahu cinta adalah milik setiap insan
fitrah manusia untuk saling menyayang
namun selalu aku keliru
antara cinta yang benar atau samar
antara cinta yang pertama dan utama
antara cinta untuk yang satu atau semua
sehingga menidakkan sabar
untuk merasai dicintai dan mencintai
sehingga melalaikan kasih
kepada yang Maha Menagasihi..
...lalu...
 bila menatap wajahnya nanti
biarlah sekadar sebagai teman biasa
ahh...sukarnya bisa meleraikan airmata...

(aku menangisi...)

bergugurlah cinta menabur pusara
tanah yang gersang di siram airmata
basahkan atau kan kering semula?

andai benar dia adalah untuk aku
satukanlah hati kami berdua
jika dia bukan untuk aku milik
temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik..
yang meletakkan cintanya kepada aku
kerana cinta kepada yang Maha Cinta
...kan bertemu nanti lagi di sana
menjadi ratu antara bidadari-bidadari syurga..

(aku mengharap..)

"dan di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari bermata jeli,laksana mutiara yang tersimpan"
surah alwaqi'ah,56:22-23

-Credit to Ariff Islam...-