Friday, February 25, 2011

Mahasiswa ke Kita Bila..........

Awal kalam..
Assalamualaikum wbt...
Pilihan Raya Universiti baru saja berlalu...Namun pilihan raya yang diadakan kali ini agak panas dengan pelbagai isu yang aku rasa tak la panas sangat sebenarnya. Teringat waktu mula-mula 'menetap' di UNIMAS. Dulu pilihan raya ke tidak sama ja...Sambutannya tidaklah semeriah macam universiti2 di Semenanjung. Malahan maaf andai aku katakan aku tidak sedikit pun merasakan bahang kehangatan sambutannya. Itu pandanganku dan rakan2 yang waktu itu masih di awal semester pengajian. "UNIMAS jer kot!" Itu kata salah seorang rakanku sewaktu kami duduk bersama menikmati kepanasan nasi goreng yang baru terhidang di meja. Ya...panas lagi nasi goreng dan tomyam yang kami order untu makan pada malam tersebut.

Mungkin keadaan masa tue macam tue sebab tak ramai yang masuk untuk bertanding...Makanya ramai yang menang tanpa bertanding. Malahan seperti tahun lepas, hal yang sama juga berlaku pada tahun ini. Beberapa calon fakulti menang tanpa bertanding. Dah la yang masuk bertanding ciput...Naknyer pulak orang len yang masuk bertanding diisytiharkan sebagai 'disqualified' la pulak atas sebab2 tertentu yang menurut aku..."Eyh boleh pulak!Skema gabak la pulak sem ni!" Hurm ada la tue sebab2 tertentu...(fikir positif...)
Situasi di UNIMAS sewaktu berkempen???hurm...siswa siswi rakan2 sekalian...saya tak akan mengulas mengenai hal2 yang hanya akan mendatangkan publisiti murahan di sini...Cukuplah mata anda melihat serta akal anda yang menilainya..

Cuma apa yang menarik minat saya adalah mengenai berita yang saya baca mengenai apa yang terjadi di Universiti Putra Malaysia(UPM) atau menurut seorang rakan saya yang juga seorang pelajar di sana...Universiti Pintu Musnah(UPM). Itu katanya...Maaf...Saya bukan mencemuh. Saya sedih! Walaupun saya bukan mahasiswa dari UPM namun apa yang terjadi ini melibatkan pelajar yang bergelar mahasiswa. Saya juga seorang mahasiswa yang masih menuntut di Universiti.

Perlu diingatkan bahawa mahasiswa merupakan individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Suatu masa dahulu mahasiswa merupakan penggerak yang telah menjana revolusi kebangkitan masyarakat. Malahan siswa siswi terdahulu yang telah mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar merupakan mereka yang telah menjana idea serta penggerak utama terutamanya dalam aspek keagamaan. Jika kita lihat mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan berilmu. Justeru mahasiswa sebagai seorang individu yang berilmu juga adalah individu yang akan melakukan sesuatu dengan cara yang lebih matang selayaknya sebagai seorang yang mtelah mendapat pendidikan tinggi. 

Tetapi apa yang berlaku pada situasi baru-baru ini adalah sebaliknya. Jujurnya sebagai seorang mahasiswa saya kesal dengan tindakan segelintir hamba Allah yang melakukan tindakan tidak matang ini. Apa tidak ada lagikah medium lain yang 'lebih matang' untuk mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka? Lupakah mereka pada tujuan sebenar mereka ke universiti iaitu untuk menuntu ilmu bukannya untuk mencipta 'keganasan' seperti itu. Hati saya ditimpa belas apabila membaca berita yang petugas yang bertugas mengawal pelajar ketika kejadian tersebut cedera terkena serpihan kaca. Cuba mereka bayangkan jika yang bertugas itu adalah bapa mereka. Apa mereka tidak punya rasa belas melihat bapa mereka cedera cuba mengawal keadaan 'tidak matang' tersebut daripada terus menjadi lebih teruk?Too bad....Inilah padahnya bila kita bertindak menurut emosi bukannya akal fikiran yang waras. Bertindak tanpa berfikir!

Sudahla dewasa kini banyak berita2 negatif (tak payah cakap la...semua orang tau kot) dikaitkan dengan mahasiswa. Kini sudah terang lagi bersuluh kejadian seperti ini pula berlaku. Mahasiswa terdidikkah kita  apabila kita bertindak seolah-olah tidak pernah diajar cara untuk bertindak secara lebih profesional? Apa kita nak jadi macam rakyat ********* ke yang sukakan sesuatu yang bersifat ekstrem dan berbentuk keganasan?? Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan. Malahan serasa saya 'pena' juga merupakan senjata yang lebih tajam jika dibandingkan dengan pedang. Dengan hanya menulis kita dapat mempengaruhi dan menakluk sesuatu yang lebih dahsyat tentang manusia....Minda Manusia. 
Lihat, teliti dan fikirkanlah....

Sekian..

ps: Ini cuma blog peribadi...pendapat peribadi...Maaf andai terlebih2...Cuma sekadar berkongsi apa yang saya fikirkan.

Tamat jam 4.08 a.m
25 Februari 2011 (Jumaat)

Friday, January 14, 2011

::Lihat, Fikir & Zikir...Kita & Cuaca??::

Awal qalam...
Assalamualaikum wbt...
Rasanya dah lama aku tak menulis karangan dengan bahasa baku semenjak meninggalkan zaman sekolah. Sedikit sebanyak aku rasakan ‘skill’ menulis aku makin merosot..!!huhu How terrible it is. Kalau cikgu Harison lihat cara penulisan aku sekarang mesti dia kecewa...penat dia mengajar, suruh buat buku refleksi!hehe

Ok..This is not what I’m going to write about.. Now let’s look at the main point of this entry. Entah kenapa hujan yang turun membasahi bumi Sarawak tanpa henti ini menggamit akalku untuk berfikir tentang manusia. Ya..alam dan manusia.

Allah tak pernah jadikan sesuatu dalam penciptaan-Nya dengan sia2. Setiap yang Dia ciptakan pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Macam cuaca..Cuaca cerah memudahkan kita untuk menjalankan aktiviti harian dengan mudah. Sebaliknya jika cuaca hujan pasti ramai yang akan mengeluh. Mana taknya hujan menyukarkan kita untuk melakukan bermacam hal. Pakaian di jemuran pun tak kering dek kerana hujan.
Wait the minute...pekehal aku cuba sampaikan nih??haha...Jap nak tangkap idea jap!

Berbalik pada cerita...Allah swt berfirman dalam al-Quran yang mana ia menyebut :

Apakah kamu tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diatur-Nya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu Kami melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal
 (QS. Az-Zumar ; 39:21)

Dari ayat berkenan nyata hujan terkandung hikmahnya sendiri. Dengan hujan Allah tumbuhkan serta suburkan tanaman di muka bumi. Walaupun ada diantara kita yang menganggap bahawa hujan itu menyukarkan aktiviti kita namun sedarkah kita apa yang akan terjadi andai bumi diciptakan hanya dengan cuaca panas sepanjang masa tanpa hujan.

Bumi tanpa hujan akan menjadi kering kontang. Tanaman akan mati kerana tanah tidak dapat melarutkan nutrient yang terkandung dalam perut bumi. Lebih parah apabila manisia sendiri akan menderita menahan rasa haus.

Nah..lantas apa kaitan cuaca ini dengan manusia? Tidakkah kalian melihat bahawa manusia itu tidak kering dengan ujian? Kita diuji baik dalam masa senang mahupun susah. Yang kaya diuji dengan kesenangannya sementelah yang miskin diuji dengan kesusahannya. Apa yang pasti manusia itu adalah insan yang dikurniakan Allah dengan emosi dan perasaan. Seperti juga cuaca. Kadangkala panas terik, terkadang mendung bersulam hujan. Ada masa kita diuji dengan bencana seperti rebut taufan dan sebagainya.

Begitu juga emosi. Ada masa kita berasa gembira ibarat berada di langit ketujuh. Terkadang bila mana kita diuji pasti saja rasa sedih dah kecewa datang bertandang dalam hati. Tapi cuba kita fikirkan dengan positif. Rasa susah, kesedihan dan kekecewaan yang kita alami itu mungkin saja seperti hujan yang menimpa bumi. Cuaca bisa saja diselubungi mendung dan kegelapan. Tapi pada akhirnya hujan itu rupanya satu rahmat terindah buat alam. Hujan itu menyuburkan bumi, menghidupkan tumbuhan yang hamper mati malahan kadangkala Allah wujudkan pelangi sesudah hujan. Pelangi yang pasti membuatkan kita bahagia mengukir senyuman.

Seorang guru pernah berpesan kepada saya. Orang mukmin itu keadaannya sama saja baik ketika dia diberi nikmat iaitu ketika dia merasa bahagia mahupun ketika dia merasa sedih ketika Allah menimpakan ujian buatnya. Hal ini seperti sebuah dalam sebuah hadis :

“Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.”
(HR. Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu ‘anhu)

Sememangnya sukar untuk mengawal emosi lebih-lebih lagi bilamana akal turut dikuasai rasa sedih. Tapi ingatkah kita akan firman Allah yang bermaksud :

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)


Mungkin kita lupa kadangkala kita terlalu dilalaikan dengan segala macam benda yang mengasyikkan hingga membuat kita alpa dan lupa pada-Nya. Lantas bilamana kita diuji dengan ujian berupa kesusahan barulah kita  mula tercari-cari dan memohon padanya. Jelas sesungguhnya insan itu nisyan yakni pelupa. Ujianlah sebenarnya yang membuatkan kita lebih dekat dengan Dia. Sama seperti hujan setelah kemarau yang panjang. Ujian sebenarnya menyuburkan kembali jiwa serta hati-hati manusia yang mungkin sebelumnya kering-kontang dari mengingati Tuhan-Nya.

Oleh itu, bergembiralah bilamana kamu dipilih oleh Allah untuk melalui ujian-Nya kerana itu tanda Dia menyayangimu dan mahu kamu sentiasa dekat dan mengingati-Nya.
Cuba kita hayatilah firman Allah dalam kitab-Nya yang berbunyi :

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
 (Surah al-Hadid: 22-24)

Akhir qalam saya tinggalkan anda dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a: “Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu,ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”
(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syua’aib al-Arnaouth menyatakan isnadnya dhaif)

Juga doa berikut :
 “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gundah gulana, sedih, lemah, malas, kikir, penakut, belenggu hutang dan dari tekanan/penindasan orang lain.”
(HR. Al-Bukhariy 7/158 dari Anas radhiyallahu ‘anhu)
 Hidup indah dan mudah bila mana kita sentiasa berfikir dan menganggap yang ia mudah dan indah...Live well or live hell, you choose!
**ps::lihat,fikir dan zikir...

Monday, December 20, 2010

Rahsia 26!


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963 gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan tanggal 26.? Ternyata..dlm Al-Quran, juzuk 26 surah asy-syu'ara yg di dalamnya terdapat cerita tentang azab Allah...wallahua’lam  =)
 **Sampaikan ilmu walau hanya sebaris ayat**

Tuesday, December 14, 2010

GOD..MAKE ME A TV

A teacher from Primary School asks her students to write an essay about what they would like God to do for them... At the end of the day, while marking the essays in the house, she read one that made her very emotional.                                                 
Her husband, who had just walked in, saw her crying and asked her: 'What happened?                                                                                                     
She answered: 'Read this. It is one of my students' essay.'        
                                                                                                                     


'Oh God, tonight I ask you something very special :                                       
Make me into a television. I want to take its place and live like the TV in my house.       

Have my own special place, And have my family around ME.                                   
To be taken seriously when I talk....                                                      

I want to be the centre of attention and be heard without interruptions or questions. I want to receive the same special care that theTV receives even when it is not working.   
Have the company of my dad when he arrives home from work, even when he is tired.   
And I want my mom to want me when she is sad and upset, instead of ignoring me...    And... I want my brothers to fight to be with me...                                         
I want to feel that family just leaves everything aside, every now and then, just to spend  some time with me.                                                                         
And last but not least, ensure that I can make them all happy and entertain them...         

Lord I don't ask you for much... change me into a TV, I just want to live like a TV.'     
At that moment the husband said : 'My God, poor kid. What a horrible parents!'      
The wife looked up at him and said: 'That essay is our son's !!!   



Sunday, December 12, 2010

Kembara Budaya

28/11/2010 until 7/12/2010..a very long journey with thousands of stories!

10 hari merantau sememangnya sesuatu yang amat memenatkan. Namun tak dinafikan juga 10 hari tersebut adalah sesuatu yang penuh bermakna buat diri. Setelah dihitung jarak perjalanan yang ditempuhi, kiranya 6 hari jugalah kami dalam bas dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Sepanjang tersebut banyak pengalaman pahit manis yang kami kumpul bersama dan sememangnya ekspedisi jelajah kali ini amat bererti buat aku. Sedikit sebanyak ia membuka mata hati iniuntuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Mengenali insan-insan yang melihat dunia dalam pemikiran yang lebih matang dari aku semestinya.
Mengenali orang-orang yang hebat menurut kaca mataku. Nyata perjalanan kali ini bukan hanya perjalanan kosong semata meskipun ia lebih bersifat santai. Perjalanan kali ini pengisiannya berilmu. Ilmu dari pemerhatian, cari, lihat dan berfikir! Bukan sekadar menjadi pemerhati kosong seperti kebiasaannya.
Terlalu banyak momen indah untuk aku coretkan di sini. Antara yang masih segar dalam ingatan aku adalah kenangan sewaktu perjalanan dari Brunei ke Sabah. Bayangkan sedang rancak bercerita dan menyanyikan lagu negeri dan sekolah masing-masing tiba-tiba kami boleh mengalunkan nasyid asma ul-husna bersama-sama. Sesuatu yang aku tak lakukan walau aku pernah bersekolah di smka dan pernah berjalan jauh bersama rombongan sekolah dulu!uhuu~
Ingat lagi dialog mereka..abg Zul tanya kat Awe lagu sekolah dia macam mana. Kemudian katanya masa sekolah dia tak ada lagu sekolah, cuma nyanyi nasyid asma ul-husna. Akhirnya abg Zul dan kami ramai2 ikut mengalunkan nasyid tersebut..heh :')
Along pulak, memang patut jadi cikgu. Ada je benda yang dia akan cakap. Macam penceramah bebas pulak dalam bas tue. Sesuatu yang aku dapat dari cerita along masa mereka rancak bercerita pasal bab kahwin. Kata Along "Fatimah anak Rasulullah dulu hantaran kahwinnya hanyalah 3Qul! Tengok, kahwin itu tuntutan agama dan untuk menyempurnakannya mudah sahaja cuma kita yang merumitkan urusan perkahwinan tue."
Abg Zul pulak..ada je cerita dan ilmu yang akan dikongsikan bersama. Abg Mad..nampak je rock tapi berilmu beragama jugak tue..Abg Zamimi, orangnya handal di dapur!
In the nut shell, sememangnya bersyukur dapat kenal orang2 ni, dapat kutip ilmu dari mereka dll. 

ps: Sebenarnya mata dah ngantuk..xtau nak tulis apa dan camna nak memperindah bahasa...Cuma nak tulis sal semua memori ni agar aku tak lupa! =)


Sunday, November 28, 2010

Life Is About...

I will not and never glare at you accusingly.
Everyone makes mistakes in their live.
So do I.
But always bear in your mind, not to repeat the same mistakes again.
Making mistake doesn’t mean that you’re a loser.
Never doing such mistake doesn’t make you the winner.
It’s the nature of life as we learn through what we’ve done.
Never afraid of trying to do something because if you’re,
You will never discover what lives really are.
A friend of mine said that life is simple.
It’s us who make it complicated.
We make it seems like there’s no hope left in difficult times.
Have we forgotten?
Life is a journey...An endless journey.
Fear, sadness, happiness and all those feelings...
We will find it all along the journey.
In each path that we took,
A new hope is there.
And there will always be a new memory carved...
Its the secret of life...To enjoy the journey!






Tuesday, November 2, 2010

hanya kerana sebuah novel ...

Ada seorang lelaki. Hatinya patah ketika dia dimasukkan ke hospital. Kerana ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. 3 hari pertama, dia terlalu runsing. Menyendiri dan berdiam diri walaupun ramai yang melawatinya. Keyakinannya hilang. Segalanya dalam dunianya adalah tentang kehilangan dan sang doktor tidak membenarkan dia keluar wad. Mungkin khuatir dia bisa membunuh diri dan pada hari ketiga, dia minta kebenaran dari doktor yg sinis itu untuk dia bisa bersiar-siar di luar kawasan hospital. dan juga, mencabut jarum yg melekat di tangannya. Doktor setuju, asalkan dia rasa lebih selesa selama dalam tahanan.

Lalu lelaki itu melonjak kegembiraan. Menahan teksi terus ke mall. Meratah ayam goreng yang sebenarnya bukanlah sesuatu yg digemarinya dan kemudiannya terfikir sesuatu. Harus mencari sesuatu untuk dibaca dan di rak buku sedia ada, dia terlihat sesuatu. Novel yang hanya memperlihatkan mata seorang gadis. Gadis keturunan arab. Dicapaikannya lantas membelinya dan malam itu, dia tidak mahu menelan pil tidur seperti malam-malam sebelumnya. Dia terlalu khusyuk dengan novel itu. Akhirnya, dalam masa semalaman, novel itu habis dibacanya.

Pagi itu, dia ke surau di hospital itu. Suasana terlalu sepi, menyeramkan. Waktu baru mencecah 4 pagi. Dia bersolat tahajud dan macam-macam lagi. Akhirnya dia termenung sendiri. Memikirkan tentang apa yang telah dibacanya dan membandingkan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Akhirnya dia sedar tentang beberapa perkara. Pertama, hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan. Kedua, dia mampu merancang, dan akhirnya tuhan itu yang menentukan segalanya. Ketiga, untuk meneruskan hidup, sebenarnya perlu ada pergorbanan.Tidak semua yang diingini, bakal dia gapai, capai. Keempat, walaupun takdir tuhan itu sudah menentukan jadi sesuatu, namun insan harus berusaha memcari yang terbaik dari apa yang diterimanya. Insan harus redha atas apa sahaja yang telah dikurniakan oleh tuhannya.

3 hari seterusnya, dia jadi lebih tenang. Dia lebih suka melihat dan mensyukuri pemberian tuhannya. Menyusuri sungai yang terbentang di hadapan hospital itu. Melihat semuanya dengan perasaan penuh keinsafan. Hari ketujuh, dia berkata kepada sang doktor, "Aku sudah tenang. Aku mahu meneruskan hidupku.Benarkan aku pulang". Petang itu juga, dia pulang ke rumahnya. Rumah yang sudah 6 malam ditinggalkannya kosong.

Hanya dengan sebuah novel dapat menyedarkannya tentang erti kehidupan. Menyedarkan tentang kekuasaan tuhan. Menyedarkannya untuk menerima semua yang telah ditakdirkan dengan hati terbuka. Novel itu, sudah mengubah pemikiran hatinya.


-ruang dan waktu...azeel-