Sunday, November 28, 2010

Life Is About...

I will not and never glare at you accusingly.
Everyone makes mistakes in their live.
So do I.
But always bear in your mind, not to repeat the same mistakes again.
Making mistake doesn’t mean that you’re a loser.
Never doing such mistake doesn’t make you the winner.
It’s the nature of life as we learn through what we’ve done.
Never afraid of trying to do something because if you’re,
You will never discover what lives really are.
A friend of mine said that life is simple.
It’s us who make it complicated.
We make it seems like there’s no hope left in difficult times.
Have we forgotten?
Life is a journey...An endless journey.
Fear, sadness, happiness and all those feelings...
We will find it all along the journey.
In each path that we took,
A new hope is there.
And there will always be a new memory carved...
Its the secret of life...To enjoy the journey!






Tuesday, November 2, 2010

hanya kerana sebuah novel ...

Ada seorang lelaki. Hatinya patah ketika dia dimasukkan ke hospital. Kerana ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. 3 hari pertama, dia terlalu runsing. Menyendiri dan berdiam diri walaupun ramai yang melawatinya. Keyakinannya hilang. Segalanya dalam dunianya adalah tentang kehilangan dan sang doktor tidak membenarkan dia keluar wad. Mungkin khuatir dia bisa membunuh diri dan pada hari ketiga, dia minta kebenaran dari doktor yg sinis itu untuk dia bisa bersiar-siar di luar kawasan hospital. dan juga, mencabut jarum yg melekat di tangannya. Doktor setuju, asalkan dia rasa lebih selesa selama dalam tahanan.

Lalu lelaki itu melonjak kegembiraan. Menahan teksi terus ke mall. Meratah ayam goreng yang sebenarnya bukanlah sesuatu yg digemarinya dan kemudiannya terfikir sesuatu. Harus mencari sesuatu untuk dibaca dan di rak buku sedia ada, dia terlihat sesuatu. Novel yang hanya memperlihatkan mata seorang gadis. Gadis keturunan arab. Dicapaikannya lantas membelinya dan malam itu, dia tidak mahu menelan pil tidur seperti malam-malam sebelumnya. Dia terlalu khusyuk dengan novel itu. Akhirnya, dalam masa semalaman, novel itu habis dibacanya.

Pagi itu, dia ke surau di hospital itu. Suasana terlalu sepi, menyeramkan. Waktu baru mencecah 4 pagi. Dia bersolat tahajud dan macam-macam lagi. Akhirnya dia termenung sendiri. Memikirkan tentang apa yang telah dibacanya dan membandingkan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Akhirnya dia sedar tentang beberapa perkara. Pertama, hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan. Kedua, dia mampu merancang, dan akhirnya tuhan itu yang menentukan segalanya. Ketiga, untuk meneruskan hidup, sebenarnya perlu ada pergorbanan.Tidak semua yang diingini, bakal dia gapai, capai. Keempat, walaupun takdir tuhan itu sudah menentukan jadi sesuatu, namun insan harus berusaha memcari yang terbaik dari apa yang diterimanya. Insan harus redha atas apa sahaja yang telah dikurniakan oleh tuhannya.

3 hari seterusnya, dia jadi lebih tenang. Dia lebih suka melihat dan mensyukuri pemberian tuhannya. Menyusuri sungai yang terbentang di hadapan hospital itu. Melihat semuanya dengan perasaan penuh keinsafan. Hari ketujuh, dia berkata kepada sang doktor, "Aku sudah tenang. Aku mahu meneruskan hidupku.Benarkan aku pulang". Petang itu juga, dia pulang ke rumahnya. Rumah yang sudah 6 malam ditinggalkannya kosong.

Hanya dengan sebuah novel dapat menyedarkannya tentang erti kehidupan. Menyedarkan tentang kekuasaan tuhan. Menyedarkannya untuk menerima semua yang telah ditakdirkan dengan hati terbuka. Novel itu, sudah mengubah pemikiran hatinya.


-ruang dan waktu...azeel-