28/11/2010 until 7/12/2010..a very long journey with thousands of stories!
10 hari merantau sememangnya sesuatu yang amat memenatkan. Namun tak dinafikan juga 10 hari tersebut adalah sesuatu yang penuh bermakna buat diri. Setelah dihitung jarak perjalanan yang ditempuhi, kiranya 6 hari jugalah kami dalam bas dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Sepanjang tersebut banyak pengalaman pahit manis yang kami kumpul bersama dan sememangnya ekspedisi jelajah kali ini amat bererti buat aku. Sedikit sebanyak ia membuka mata hati iniuntuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Mengenali insan-insan yang melihat dunia dalam pemikiran yang lebih matang dari aku semestinya.
Mengenali orang-orang yang hebat menurut kaca mataku. Nyata perjalanan kali ini bukan hanya perjalanan kosong semata meskipun ia lebih bersifat santai. Perjalanan kali ini pengisiannya berilmu. Ilmu dari pemerhatian, cari, lihat dan berfikir! Bukan sekadar menjadi pemerhati kosong seperti kebiasaannya.
Terlalu banyak momen indah untuk aku coretkan di sini. Antara yang masih segar dalam ingatan aku adalah kenangan sewaktu perjalanan dari Brunei ke Sabah. Bayangkan sedang rancak bercerita dan menyanyikan lagu negeri dan sekolah masing-masing tiba-tiba kami boleh mengalunkan nasyid asma ul-husna bersama-sama. Sesuatu yang aku tak lakukan walau aku pernah bersekolah di smka dan pernah berjalan jauh bersama rombongan sekolah dulu!uhuu~
Ingat lagi dialog mereka..abg Zul tanya kat Awe lagu sekolah dia macam mana. Kemudian katanya masa sekolah dia tak ada lagu sekolah, cuma nyanyi nasyid asma ul-husna. Akhirnya abg Zul dan kami ramai2 ikut mengalunkan nasyid tersebut..heh :')
Along pulak, memang patut jadi cikgu. Ada je benda yang dia akan cakap. Macam penceramah bebas pulak dalam bas tue. Sesuatu yang aku dapat dari cerita along masa mereka rancak bercerita pasal bab kahwin. Kata Along "Fatimah anak Rasulullah dulu hantaran kahwinnya hanyalah 3Qul! Tengok, kahwin itu tuntutan agama dan untuk menyempurnakannya mudah sahaja cuma kita yang merumitkan urusan perkahwinan tue."
Abg Zul pulak..ada je cerita dan ilmu yang akan dikongsikan bersama. Abg Mad..nampak je rock tapi berilmu beragama jugak tue..Abg Zamimi, orangnya handal di dapur!
In the nut shell, sememangnya bersyukur dapat kenal orang2 ni, dapat kutip ilmu dari mereka dll.
ps: Sebenarnya mata dah ngantuk..xtau nak tulis apa dan camna nak memperindah bahasa...Cuma nak tulis sal semua memori ni agar aku tak lupa! =)
No comments:
Post a Comment