Awal kalam..
Assalamualaikum wbt...
Pilihan Raya Universiti baru saja berlalu...Namun pilihan raya yang diadakan kali ini agak panas dengan pelbagai isu yang aku rasa tak la panas sangat sebenarnya. Teringat waktu mula-mula 'menetap' di UNIMAS. Dulu pilihan raya ke tidak sama ja...Sambutannya tidaklah semeriah macam universiti2 di Semenanjung. Malahan maaf andai aku katakan aku tidak sedikit pun merasakan bahang kehangatan sambutannya. Itu pandanganku dan rakan2 yang waktu itu masih di awal semester pengajian. "UNIMAS jer kot!" Itu kata salah seorang rakanku sewaktu kami duduk bersama menikmati kepanasan nasi goreng yang baru terhidang di meja. Ya...panas lagi nasi goreng dan tomyam yang kami order untu makan pada malam tersebut.
Mungkin keadaan masa tue macam tue sebab tak ramai yang masuk untuk bertanding...Makanya ramai yang menang tanpa bertanding. Malahan seperti tahun lepas, hal yang sama juga berlaku pada tahun ini. Beberapa calon fakulti menang tanpa bertanding. Dah la yang masuk bertanding ciput...Naknyer pulak orang len yang masuk bertanding diisytiharkan sebagai 'disqualified' la pulak atas sebab2 tertentu yang menurut aku..."Eyh boleh pulak!Skema gabak la pulak sem ni!" Hurm ada la tue sebab2 tertentu...(fikir positif...)
Situasi di UNIMAS sewaktu berkempen???hurm...siswa siswi rakan2 sekalian...saya tak akan mengulas mengenai hal2 yang hanya akan mendatangkan publisiti murahan di sini...Cukuplah mata anda melihat serta akal anda yang menilainya..
Cuma apa yang menarik minat saya adalah mengenai berita yang saya baca mengenai apa yang terjadi di Universiti Putra Malaysia(UPM) atau menurut seorang rakan saya yang juga seorang pelajar di sana...Universiti Pintu Musnah(UPM). Itu katanya...Maaf...Saya bukan mencemuh. Saya sedih! Walaupun saya bukan mahasiswa dari UPM namun apa yang terjadi ini melibatkan pelajar yang bergelar mahasiswa. Saya juga seorang mahasiswa yang masih menuntut di Universiti.
Perlu diingatkan bahawa mahasiswa merupakan individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Suatu masa dahulu mahasiswa merupakan penggerak yang telah menjana revolusi kebangkitan masyarakat. Malahan siswa siswi terdahulu yang telah mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar merupakan mereka yang telah menjana idea serta penggerak utama terutamanya dalam aspek keagamaan. Jika kita lihat mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan berilmu. Justeru mahasiswa sebagai seorang individu yang berilmu juga adalah individu yang akan melakukan sesuatu dengan cara yang lebih matang selayaknya sebagai seorang yang mtelah mendapat pendidikan tinggi.
Tetapi apa yang berlaku pada situasi baru-baru ini adalah sebaliknya. Jujurnya sebagai seorang mahasiswa saya kesal dengan tindakan segelintir hamba Allah yang melakukan tindakan tidak matang ini. Apa tidak ada lagikah medium lain yang 'lebih matang' untuk mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka? Lupakah mereka pada tujuan sebenar mereka ke universiti iaitu untuk menuntu ilmu bukannya untuk mencipta 'keganasan' seperti itu. Hati saya ditimpa belas apabila membaca berita yang petugas yang bertugas mengawal pelajar ketika kejadian tersebut cedera terkena serpihan kaca. Cuba mereka bayangkan jika yang bertugas itu adalah bapa mereka. Apa mereka tidak punya rasa belas melihat bapa mereka cedera cuba mengawal keadaan 'tidak matang' tersebut daripada terus menjadi lebih teruk?Too bad....Inilah padahnya bila kita bertindak menurut emosi bukannya akal fikiran yang waras. Bertindak tanpa berfikir!
Sudahla dewasa kini banyak berita2 negatif (tak payah cakap la...semua orang tau kot) dikaitkan dengan mahasiswa. Kini sudah terang lagi bersuluh kejadian seperti ini pula berlaku. Mahasiswa terdidikkah kita apabila kita bertindak seolah-olah tidak pernah diajar cara untuk bertindak secara lebih profesional? Apa kita nak jadi macam rakyat ********* ke yang sukakan sesuatu yang bersifat ekstrem dan berbentuk keganasan?? Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan. Malahan serasa saya 'pena' juga merupakan senjata yang lebih tajam jika dibandingkan dengan pedang. Dengan hanya menulis kita dapat mempengaruhi dan menakluk sesuatu yang lebih dahsyat tentang manusia....Minda Manusia.
Lihat, teliti dan fikirkanlah....
Sekian..
ps: Ini cuma blog peribadi...pendapat peribadi...Maaf andai terlebih2...Cuma sekadar berkongsi apa yang saya fikirkan.
Tamat jam 4.08 a.m
25 Februari 2011 (Jumaat)
No comments:
Post a Comment