Saturday, July 9, 2011

Silence Is Loud

"Jika dengan berkata-kata itu akan menimbulkan keburukan maka adalah lebih baik untuk kamu berdiam diri. Walaupun saat itu kamu tahu kamu mempunyai alasan yang kukuh untuk berkata seperti yang kamu inginkan. Mengambil jalan untuk berdiam diri bukan bermaksud kamu bersetuju sepenuhnya dengan apa yang terjadi, sebaliknya itu menandakan kamu cukup matang dalam menilai situasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih buruk daripada terjadi. Ini kerana walaupun kamu mempunya alasan yang cukup kuat, belum tentu mereka yang mendengar alasan kamu itu mahu serta ingin mendengar serta menerimanya dengan hati yang terbuka serta ikhlas. Tidak mengapa kerana Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang tersembunyi di sebalik hati setiap hamba-Nya."


..:Thanks to someone:..

No comments:

Post a Comment