Tuesday, January 3, 2012

Not to Forget


Hujan lebat mencurah-curah diluar. Sudah beberapa hari tanpa menunjukkan tanda mahu berhenti. Aku di dalam kesejukan. Terasa enak sekali andai dapat menekur tidur di atas tilam empuk, memeluk teddy bear kesayangan dengan diulit selimut. Telefonku bordering tanda waktu yang sudah menginjak ke waktu Subuh. Aku matikan. Tidurku yang tadinya terganggu dek deringan alarm kini tidak lagi dipedulikan. Serentak tangan menarik selimut. Mahu kembali tidur. Beberapa minit kemudian ada insan yang menelefon. Terkejut melihat nama pemanggil…terus panggilan tersebut aku angkat. 

“Hello…dah solat belum…?” Aku tersengih bak kerang busuk di talian. 

Sebentar setelah panggilan tamat. Aku masih terbaring… Beberapa ketika sebelum aku kembali bangun. Tergesa-gesa ke bilik air mengambil wudhuk. Jam menginjak ke pukul 6.00 pagi.Kononnya mahu berpuasa tapi tak sempat sahur. Aah…redah je. Lewat tengah malam tadi perut ini sudah terisi.

Usai solat entah kenapa hati jadi sayu. Laci dibuka. Tangan mencapai tafsir al-Quran. Hati berbisik. “Siapa engkau? Pemerintah negarakah yang sibuknya hingga tak punya masa buat mencurah CINTA pada DIA? Apa 5 minit itu lama sangatkah buat engkau menatap barang satu dua kalimah serta pesanan CINTA dari DIA?” Aku termanggu sendiri di atas sejadah.

Akal menjwab, ‘Banyak caranya buat mengingat Dia. Semuanya terpulang pada diri.’ Senja menjengah menyingkap tirai malam. Langsir yang terbuka cukup luas buat aku menatap pemandangan di luar. Indah…Cuma aku, yang kurang memikir. Mungkin juga hanya berfikir tanpa berzikir. Ya Rabb…ampunkan hamba. Jangan engkau jauhkan hamba dari-Mu walau sedetik sekalipun. 


 Teringat kata-kata seorang teman ketika di zaman matrikulasi dahulu. 


“Dia beri banyak petanda buat kita berfikir. Dia juga beri banyak hal yang sepatutnya menjadi petunjuk dan hint buat kita berfikir. Buat kita selalu ingat Dia. Dia tak tinggalkan kita. Cuma kita hamba-Nya yang terkadang leka dengan hal sendiri. Cuma ingatlah, bilamana Dia banyak memberi petunjuk kepada kita tapi kita tak juga sedar… Maka sampai satu saat nanti sedarlah, kita mungkin makin jauh dan kita tak lagi sedar yang Dia juga dah jauh dari kita.”

Kata teman itu lagi.

“Bayangkan bila seseorang setiap hari mengejutkan kita untuk bangun solat subuh misalnya. Tapi seringkali kita mengambil ringan akan ajakannya dan kita lebih memilih untuk kembali tidur. Apa yang terjadi? Lama-kelamaan orang tersebut akan jarang mengejutkan kita dari tidur hingga sampai satu ketika dia tidak akan lagi datang untuk mengetuk pintu buat membangunkan kita dari tidur.”

Aku terfikir…..Hidup, begitu juga kisahnya. Tapi kita, walau bergunung dosa kasih Allah tetap ada. Dia tak lupa memberi kita udara yang kita hirup pada ketika ini. Tak putus-putus memberi nikmat degupan jantung yang berdegup setiap saat lantas membuat kita kekal hidup di atas muka bumi. 


Ya Allah Ya Rabb…Rahmat-Mu besar sekali. Alhamdulillah.
Ya Rabb…ampunkan hamba sebelum nyawa ini diambil kembali.

No comments:

Post a Comment