Tuesday, May 24, 2011

terdesak kerana didesak!

Ya Allah...ikut hati nak je luahkan semua benda yang terbuku di hati kat sini. How sad! When you are trying to do something but people didn't get it. Then they start to force you into something you are trying to avoid!

Saturday, May 21, 2011

*sigh*


I got an email....from someone....bercerita tentang kisahnya. Ya Allah takut yang amat. Mudahnya hati manusia itu dibolak-balikkan olehmu. Tak lama dulu saya fikir mungkin orang itu jodoh akak tersebut. Selepas beberapa siri air mata akhirnya dia jumpa penawar duka. Orangya juga Alhamdulillah beragama. Tapi ternyata itu masih lagi bukan jaminannya. Saya terfikir sejenak. Orang itu selama ini serius atau tidak dengan apa yang dikatakannya...janji sehidup semati. Kononnya ingin melamar akak tersebut. Hati diterpa rasa takut yang teramat. Takut andai perkara sama menimpa diri. Cukuplaa...saya bukan orang yang punya kekuatan dalaman yang hebat untuk menghadapi situasi tersebut. Saat ini, soal jodoh saya serahkan dengan sebulat hati kepada DIA. Sayang dan cinta biar datang kemudian. Andai ada yg melamar, biarlah saya menanti jawapan dari DIA terlebih dahulu. Sungguh penantian itu menyeksakan, tapi istikharah itu indah...I learn...
Ntah...hati jadi kurang yakin dengan janji dan kata-kata manusia... 
Ya Allah...andai nanti engkau menjodohkan aku dengan dia yang engkau telah takdirkan, tetapkan serta kukuhkanlah hatinya serta hati kami untuk terus saling menyayangi...ameen~
This...is my CurHat~
::poyo jaapp...huhu::

Friday, May 20, 2011

::when you need to choose::




Sometimes...too many choices to make mean you got no choice.
Choice...it is all about decision making.
First, you need to think of your choice that you gonna make.
Decide which one is the best one.
Pay the price from what you have chosen.
Then, it is all yours!
Risky isn’t it?
That’s what life is all about.
You can’t avoid yourself from making a decision throughout every step that you make.
Once you have chosen it, there is where you need to pay for it.
There is always challenge and obstacles for things you have decide.
However, dare to choose!
Don’t afraid of it! Face it with faith...only in Allah.
Believe Him as He is the ONE and ONLY where you can always rely on.
Coz people who didn’t make any mistake in their life is people who done nothing throughout their life!
Simple...life is like a school.
We do learn from mistakes.



Monday, May 2, 2011

::PerCaYa::


 Angin sepoi-sepoi bahasa menemani perbualan petang itu. Semenjak tiga hari lepas ada persoalan yang terpendam di lubuk hati. Tak henti-henti minta diungkap. Sel-sel neuron aktif menjana persoalan. Namun otaknya tepu untuk berfikir. Maklumlah...minggu exam!
Mujur petang itu ada teman untuk dibawa berbual. Bukan soal hati dan perasaan. Tapi soal PERCAYA. Semalam teman itu ada berkata... “Perkara asas dalam setiap perhubungan itu adalah KEPERCAYAAN...Maka lebih baik saya kutuk awak depan-depan daripada saya mengata di belakang awak. Mengutuk depan-depan akan men’down’kan orang tapi mengutuk belakang akan membuatkan kita hilang kepercayaan kepada orang tersebut.”
Sejenak aku termanggu... Rasa ‘down’ dan rasa kurang percaya. “Teruk tau bila rasa down!” Aku membalas kurang setuju...Dalam hati  35% geram.
“Awak...lebih baik awak rasa down daripada kepercayaan awak terhadap seseorang itu hilang. Mana satu yang awak nak?” Aku berfikir. Betul jugak cakap orang tua (erk...jangan marah!!hahaha) ni...


Petang tadi bicara semalam dipanjangkan lagi. Bercakap soal ‘percaya’ saat itu yang muncul di fikiran cumalah hal-hal perhubungan antara rakan-rakan. Tapi hari ini dia membuatkan aku berfikir lebih jauh. Sungguh rasa percaya itu rupanya meluas. Bukan sekadar perhubungan antara manusia malahan jauh dari itu. Percaya pada Allah, Tuhan Yang Esa. Berapa ramai anak muda sekarang yang bergelumang dosa lantaran mereka kurang rasa percaya pada azab yang dijanjikan tuhan mereka. Berapa ramai anak muada yang murtad lantaran mereka mulai kurang kepercayaan terhadap agama mereka sendiri? Benar Iman itu ada turun naik. Bagaimana mahu menyuburkan Iman? Ibarat pohon. Suburkan...bajakan ia serta jaga ia dengan kepercayaan yang mantap. Percaya kepada Allah, Tuhan kamu yang Esa.
Minda aku berputar...memikirkan persoalan-persoalan yang masih banyak berlegar. Dia memahami. “Hal2 keimanan dan ketuhanan tidak memerlukan alasan serta fakta saintifik untuk buat kita percaya. Awak percaya ada Allah? Boleh awak tunjukkan kepada saya dimana tuhan yang awak percaya itu?” Aku tersenyum...segaris. “Tak...tapi saya tetap percaya dan yakin. Dengan sepenuh hati sebab saya dapat merasa Dia hadir.” Aku menjawab...dengan nada yang perlahan. “Lihat...bukan semua perkara boleh dijelaskan. Tapi kita perlu ingat, wajib beriman dan percaya dengan hal-hal ghaib.” Dia menyambung bicara. 


“Macam mana nak pupuk iman agar kita percaya? Yela kita bukan malaikat yang imannya tidak bertambah dan tidak berkurang.” Aku masih memanjangkan persoalan sambil mulut enak mengunyah coklat NIPS... Wajahnya ku lihat serius namun sisa senyumannya masih ada. “Percaya dari mana? Hatikan?” Dia bertanya sambil aku mengangguk mengiakan. “Awak lapar awak makan...Habis hati awak tu awak ingat tak lapar ke?” Katany sambil memandang NIPS di tanganku. Rasa bersalah datang bertandang ke hati. Yela, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Memang la cari penyakit namanya. “Bagi jiwa dan hati awak tu makanan rohani! Fahamkan?” Aku memandang ke langit...beristighfar. Syukur ketenangan itu sudi bertamu di kamar hati.


Kadangkala manusia seperti aku lupa. Lupa untuk berfikir hal-hal mudah dan kecil seperti ini. Hal-hal kecil dan mudah yang sebenarnya merupakan perkara asas yang paling penting...
**Sahabat yang baik adalah seseorang yang apabila engkau melihat wajahnya mengingatkanmu kepada DIA.....