Monday, May 2, 2011

::PerCaYa::


 Angin sepoi-sepoi bahasa menemani perbualan petang itu. Semenjak tiga hari lepas ada persoalan yang terpendam di lubuk hati. Tak henti-henti minta diungkap. Sel-sel neuron aktif menjana persoalan. Namun otaknya tepu untuk berfikir. Maklumlah...minggu exam!
Mujur petang itu ada teman untuk dibawa berbual. Bukan soal hati dan perasaan. Tapi soal PERCAYA. Semalam teman itu ada berkata... “Perkara asas dalam setiap perhubungan itu adalah KEPERCAYAAN...Maka lebih baik saya kutuk awak depan-depan daripada saya mengata di belakang awak. Mengutuk depan-depan akan men’down’kan orang tapi mengutuk belakang akan membuatkan kita hilang kepercayaan kepada orang tersebut.”
Sejenak aku termanggu... Rasa ‘down’ dan rasa kurang percaya. “Teruk tau bila rasa down!” Aku membalas kurang setuju...Dalam hati  35% geram.
“Awak...lebih baik awak rasa down daripada kepercayaan awak terhadap seseorang itu hilang. Mana satu yang awak nak?” Aku berfikir. Betul jugak cakap orang tua (erk...jangan marah!!hahaha) ni...


Petang tadi bicara semalam dipanjangkan lagi. Bercakap soal ‘percaya’ saat itu yang muncul di fikiran cumalah hal-hal perhubungan antara rakan-rakan. Tapi hari ini dia membuatkan aku berfikir lebih jauh. Sungguh rasa percaya itu rupanya meluas. Bukan sekadar perhubungan antara manusia malahan jauh dari itu. Percaya pada Allah, Tuhan Yang Esa. Berapa ramai anak muda sekarang yang bergelumang dosa lantaran mereka kurang rasa percaya pada azab yang dijanjikan tuhan mereka. Berapa ramai anak muada yang murtad lantaran mereka mulai kurang kepercayaan terhadap agama mereka sendiri? Benar Iman itu ada turun naik. Bagaimana mahu menyuburkan Iman? Ibarat pohon. Suburkan...bajakan ia serta jaga ia dengan kepercayaan yang mantap. Percaya kepada Allah, Tuhan kamu yang Esa.
Minda aku berputar...memikirkan persoalan-persoalan yang masih banyak berlegar. Dia memahami. “Hal2 keimanan dan ketuhanan tidak memerlukan alasan serta fakta saintifik untuk buat kita percaya. Awak percaya ada Allah? Boleh awak tunjukkan kepada saya dimana tuhan yang awak percaya itu?” Aku tersenyum...segaris. “Tak...tapi saya tetap percaya dan yakin. Dengan sepenuh hati sebab saya dapat merasa Dia hadir.” Aku menjawab...dengan nada yang perlahan. “Lihat...bukan semua perkara boleh dijelaskan. Tapi kita perlu ingat, wajib beriman dan percaya dengan hal-hal ghaib.” Dia menyambung bicara. 


“Macam mana nak pupuk iman agar kita percaya? Yela kita bukan malaikat yang imannya tidak bertambah dan tidak berkurang.” Aku masih memanjangkan persoalan sambil mulut enak mengunyah coklat NIPS... Wajahnya ku lihat serius namun sisa senyumannya masih ada. “Percaya dari mana? Hatikan?” Dia bertanya sambil aku mengangguk mengiakan. “Awak lapar awak makan...Habis hati awak tu awak ingat tak lapar ke?” Katany sambil memandang NIPS di tanganku. Rasa bersalah datang bertandang ke hati. Yela, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Memang la cari penyakit namanya. “Bagi jiwa dan hati awak tu makanan rohani! Fahamkan?” Aku memandang ke langit...beristighfar. Syukur ketenangan itu sudi bertamu di kamar hati.


Kadangkala manusia seperti aku lupa. Lupa untuk berfikir hal-hal mudah dan kecil seperti ini. Hal-hal kecil dan mudah yang sebenarnya merupakan perkara asas yang paling penting...
**Sahabat yang baik adalah seseorang yang apabila engkau melihat wajahnya mengingatkanmu kepada DIA.....

1 comment:

  1. awak dan kawan awak buat saya n semua org yg mmbaca entry kali ni untuk berfikir.....
    trima kasih...

    ReplyDelete