Saturday, June 18, 2011

Boys...stupid???

Boys are stupid. Some men too...Throw rocks at them. 
Pots and pans too...



Ok..no offense. This is a statement made by Todd Harris Goldman and David & Goliath, Inc. Sebab apa eyh?? Boys said that girls are complicated and difficult to be understood. However in my opinion, they are just the same. Plus, it is really annoying thinking of how boys treat girls when they just don’t mean to be serious with them (the girls). Don’t they know...it hurts the most?
Broken heart is the most difficult to mend...
ps:heyy...Then the boys might say..."Some girls are just the same!" Yeah...anyway, both are human... So, I won't argue that.
**sesaje menulis sebab jumpa gambar nieyh!ngee~~again...no offense!!

Wednesday, June 15, 2011

...Choice has a price...


- decide what you want, pay the price and it's yours –

Having a long talk+discussion with someone about his decision not long ago really makes me think...about something. Yes...I could say that this is a matter of life...and death! (woa!!kasi tekezutt sket~)
Not long ago laa...Aku selalu bercerita dengan dia perihal diri, perihal rakan2ku, tentang tugasan seharian...tak lupa jugak sampai la ceritera tentang soal hati (hal aku yg jiwa kacau la!!cesss.....wait the minute...bukan jiwang eyh!) Al-maklumla buat kerja dengan orang, bukan dengan robot. Bila melibatkan orang ni sudah tentu la kita sebenarnya bekerja dan terlibat secara tidak langsung dengan emosi orang2 tersebut. Ada hal yang boleh membuatkan kita tertawa suka malahan ada juga yang pedih menyedihkan. It kinda normal...(yatta yatta...Ini cik wani yang tulis...pepagi daa emo, eyh xda la cuma berkongsi...)
I never thought that I could share those things like that with him. Sebab tak pernah dibuat cik Wani cerita perihal dia especially about those mushy wushy thing (bahasa alien ko apa tau..)
Back to normal...ok...I decide to take charge and get involved into something. Then of course I can’t turn back (actually I can’t but I choose not to..) because it has become part of my duty. I start it, hence I need (nak ke tak nak ke) and it’s been my responsibility to finish it.
After that, then bermulalah kisah hikayat baru dalam hidup ni. Yeah...apa nak buat, just like what has been stated above, I decide then I need to pay the ‘price’. Satu hal...actually masa buat keputusan untuk join ‘that something/programme’ mungkin pertama, niat terpesong. Kedua, hati tak yakin. Sebab apa...because tak mintak petunjuk Dia! Tak buat pun istikharah ke apa...yang tau main aci redah je. Langsung tak da pendirian tetap kat hati ni. Mungkin pasa tue la Tuhan nak tunjuk...I got a terrible ‘broken heart’ beb!! (some sort of that la..kunun2nya).
Kemudian mula la menyalahkan diri...buat kerja/keputusan tak fikir panjang. (sigh) Padahal.....memang sah2 diri sendiri yg salah...(eyh jap...betulla salahkan dirikan??).
Hurm...but then, that kind of mind set has change since I have a talk with this someone about something. Suka usik dia...have a lame joke about ‘pilihan hati dia’ (adala menda dia cerita...private secret!)
Tetiba bila dah lama bercerita soal pilihan hati dia serta keputusan yang dia dah ambil, maka keluarlah satu soalan cepu kepala sendiri ni.
“Seniora serius buat keputusan ni?? Tak terdetik ke terlintas ke suatu hari nanti akan ada rasa kecewa yang datang bertandang malah mungkin menjentik hati untuk berasa sedemikian. Yela umur muda lagi kot...dah buat keputusan berani mati macam ni. Umur Insyallah panjang lagi (amen Ya Rabb)...Dunia luas lagi tuk nak diteroka...Manusia berduyun lagi belum jumpa. Tak rasa rugi ke...akan terlepas semua peluang tu bila come up with this kind of decision??”
Actually bila aku start tanya macam tu, ada nada ‘sarcastic’ sikit sebenarnya. Cuba memasukkan jarum was2 dalam hati dia terhadap keputusan yang dia dah ambil Saja nak uji, nak tengok sejauh mana yakinnya dia serta teguhnya dia nak pertahankan apa yang dia percaya (waceyy...tetiba rasa jahat, eyh tak...nakal jepp!).
Maka jawabnya, “Insyallah saya yakin dengan keputusan yang saya ambil dan Insyallah saya tak menyesal sebab itu adalah keputusan yang telah saya ambil dan apa jua yang mendatang selepas ini akan saya tempuhi dengan penuh keyakinan dan kepercayaan hanya kepada Dia. Sebab selama saya hidup ini belum pernah ada rasa sesal yang datang menyinggah dalam hati...Insyallah. Apa jua keputusan yang saya ambil itu adalah selepas saya berfikir panjang serta mengambil kira semasak2nya akan kesan terhadap apa yang saya lakukan itu... Tahu tak kenapa saya seyakin ini??”
Aku mula memasang deria untuk memberi sepenuh perhatian terhadap jawapan yang akan diberinya.
“Kalau saya nak beli sesuatu yang paling saya ingini even benda tersebut adalah sekecil2 barang...saya sudah terbiasa untuk beristikharah kepada Dia. Tambahan pula dalam hal2 sebegini...”
“Berapa kali Istikharah??” Aku bertanya dalam nada tidak sabar...masih menanti jawapan. Sekilas dia tertawa...
“Cik Wani...Istikharahlah sampai dapat jawapan. Tak kiralah walaupun itu membawa makna ia memerlukan kita untuk beristikharah sehingga 5 6 kali sekalipun. Malah kalau sekalipun kita sudah diberi petunjuk, ulanglah istikharah tersebut sehingga hati kita benar2 yakin, pasti dan beroleh ketenangan. Sebab apa...supaya nanti bila apa jua yang terjadi pada masa hadapan, kita dapat hadapi dengan tenang. Masa tu kita yakin, apa yang Allah dah bagi pada kita adalah yang paling terbaik dalam kalangan yang terbaik hanya untuk kita. Mungkin jua sebagai ujian buat kita. Dengan cara tu la nanti rasa kesal tu Insyallah takkan pernah ada sebab kita dah percaya dan berserah sepenuhnya kepada Dia yang Maha Mengetahui.”
Jawapan dia yang panjang, penjelasan dia, keyakinan dia, ketenangan dia...semuanya buat aku berfikir. If that is what happen, then we should actually have NO reason to feel sad of something. Memang sedih tu akan ada. Tapi cuba fikir...buat apa membazir air mata, merasa sedih dan larut dalam rasa sedih tu untuk tempoh masa yang panjang andai ia langsung tidak memberi sebarang faedah. Semua yang jadi dalam hidup ni adalah ketentuan Dia semata. Life is a big school. Allah teaches us on His own way. It depends on us then to accept it and utilised it on our own way. Bersangka baik pada Dia serta bersyukur atas segala nikmat serta ujian yang Dia dah beri. By the way, NOTHING is FREE in this life right??
ps: Belajar untuk tidak takut bagi mengambil segala keputusan dan membuat pilihan. By the way...everything got its own risk...

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Thursday, June 9, 2011

...bicara tentang laut dan kisah kita...


Lama dia duduk di situ...termenung jauh memandang ke laut. Sesekali pandangannya ditebarkan ke arah kanak2 yg berlari anak di pantai. Kemudian dia kembali melemparkan pandangan sepi pada laut yg meluas.
"Hoit macik..apa yg kau pandang hah? Mcm dah hanyut sekali dgn ombak yg pukul pantai 2 je haku nengok!" Eid temannya menegur..Kali ini dia berpaling...melemparkan senyum yg semanis mungkin...amat manis hingga boleh mengundang diabetis...
"Tade..haku kn..."
"...Jiwa kacau!..." kata2nya kemudian disambung pantas oleh Eid.
"Haku tau kau suka sangat pandang laut...main air kat pantai kalau time2 cenggini ni...haa~ Kau tau something tak...Life must go on. Even mcm mana remuk pun hati kau...or kau hilang tempat bergantung...or apa2 yg seumpamanya yg menyebabkan kau 'broken heart', waktu tu still berjalan. Tak pernah berhenti walau sedetik. No...there's no such thing! You need to appreaciate even the tiny and simple little things that happens in your life. Make us of it to move forward. It's ok to be upset of something tapi jgn larutkn diri dalam kesedihan yg berlarutan. Untuk apa? Hidup cuma sekali. Sekali untuk kita merasai pengalaman yg maha luas." Panjang Eid membuka mukadimah ceramahnya.
"That's why aku nak lari. Aku nak pergi sejauh mungkin. Aku tak nak jumpa dgn apa2 yg boleh buat aku terfikir masa lampau yg boleh buat aku jadik patah hati...Aku nak cari tempat yg boleh menenangkn fikiran aku. I'm seeking for peace." Durrah kembali memandang ke laut.
"Durrah...cuba kau perhatikan laut di depan kau. Apa yg kau nampak?" Kali ini eid cuba memancing perhatiannya.
"Peace...calm...ketenangan...keindahan..." Perlahan dia menuturkan.
"Kau salah kalau kau cuma memandang luaran. Setiap yg nampak baik dan indah pada zahirnya belum tentu baik dan indah pada hakikatnya. Apa kau ingat lautan itu tak ada geloranya? Kau hanya nampak indahnya laut pada permukaannya sahaja. Cuba kau selam hingga ke dasarnya...makin lama ia makin gelap...mungkin...penuh dgn ketakutan sbb kau tak pernah akan dapat menjangkakn apa yg ada di dasar itu."
Kali ini dia ketawa kecil....
"Oit...apa yg kau melalut jauh ni Cik Adirah??hehe...bukan aku terniat pun nak meyelam kat dasar laut 2...berenang pun tatau...kalau takat 'berenang ala motobot' 2 aku tau la!haha..."
"Uit princess...ni bukan senang tau kau nak dengar aku bg ceramah..ceh...cuba fikir dedalam skit falsafah yg cuba aku sampaikn ni..Kau tau...laut ni pun ada cerita dia. Yg kalau kau selam mgkn gelap hingga menakutkn. Yg pada dasar dia 2 ada mcm2 rahsia yg xdapat kau nak rungkai...There are too many! Itu pada dasarnya..Tapi bila kau tengok pada permukaannya apa yg kau nampak? Ada kau nampak sisi hitam dan gelap yg terkubur di dasar laut 2?"
"...erk..."
"Kau tak nampakkn semua 2 Durrah? Nah...kau jugak yg pernah kestau kat aku. Bilamana seorang mukmin itu meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaannya hanya pada Dia yg diatas, dan lantas dia diujia...tidak akan ada rasa ragu2 dalam hatinya. Baik ketika dia sedang bersedih atau ketika dia sedang terluka mahupun ketika gembira...keadaanya sama sahaja...Luarannya tetap indah...Kau faham apa yg aku maksudkn?"
Kali ini dia memandang sahabatnya itu dalam senyuman...tanpa disedari ada air jernih yg bertakung di tubir mata..
"Insyallah aku faham...benda yg aku nampak indah dimata belum tentu memberi keindahan yg hakiki menurut Dia. Rasanya tak perlu untuk aku lari hingga ke hujung dunia semata2 untuk mengelak sesuatukn... Life is to be treasure not measure right?"
"Sometimes we still need to measure our life...but try to treasure what you have...then you will learn to appreciate. Remember this, when you sink to the ocean floor, you have two options: Remain until you drown...or gather pearls and rise back up..."
Dan mereka sama2 tersenyum....


Wednesday, June 8, 2011

.:Hati Ibarat Rumah:.



Ada tiga macam rumah, Pertama Rumah raja, di dalamnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah hamba, di dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki seorang raja. Dan ketiga adalah Rumah kosong, tidak ada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya?

Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tidak masuk akal, karena rumah kosong tidak ada barang yang bisa dicurinya.


Karena itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada orang-orang Yahudi yang mengatakan bahwa di dalam shalat, mereka 'tidak pernah terganggu', Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yang bisa dikerjakan oleh setan dalam rumah yang sudah rusak?"

Bila jawaban anda adalah: "Pencuri itu akan masuk ke dalam rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, karena cuba fikirkan kembali…tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentara, sehingga pencuri tidak bisa mendekatinya.

Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya rumah raja tersebut apabila para penjaga dan tentera senantiasa bersiap siaga di sekitar raja?

Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, karena inilah yang dimaksudkannya.

Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah setan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan setan, simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).

Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Setan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya? (rumah pertama-rumah raja).

Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya, Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan setan, hawa nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua-rumah seorang hamba)

Hati seperti inilah yang dicari oleh setan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya.

"Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana." (Ali Imran:126)

Setan tidak bisa mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini setan mendapati senjata-senjatanya yang berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.

Saat memasukinya, setan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya alat untuk menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan setan.

“Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata."
 

Sunday, June 5, 2011

Kanvas Kosong

Terkadang...
Ada kata yang tak pernah terungkap...
Sekadar berlagu dalam minda.
Ada kenangan tak pernah dicerita...
Cuma tersimpan kemas dalam kamar hati.
Tetamu itu cuma tetamu,
Yang datang bertandang sebentar cuma.
Sekadar mengisi sepi di ruang kosong.
Senyum yang dilukis cuma sebagai penghibur kala duka...
Bukan buat pengubat di hati.
Kadang yang terzahir bukan bererti apa yang tersirat di hati...
Kerna apa yang ada di hati...
Itu rahsia diri juga Dia...
Cukuplah...
Menjadi pantai yang setia...
Walau kerap kali dihempas ombak...
Dia tetap setia dengan takdirnya.