Wednesday, June 15, 2011

...Choice has a price...


- decide what you want, pay the price and it's yours

Having a long talk+discussion with someone about his decision not long ago really makes me think...about something. Yes...I could say that this is a matter of life...and death! (woa!!kasi tekezutt sket~)
Not long ago laa...Aku selalu bercerita dengan dia perihal diri, perihal rakan2ku, tentang tugasan seharian...tak lupa jugak sampai la ceritera tentang soal hati (hal aku yg jiwa kacau la!!cesss.....wait the minute...bukan jiwang eyh!) Al-maklumla buat kerja dengan orang, bukan dengan robot. Bila melibatkan orang ni sudah tentu la kita sebenarnya bekerja dan terlibat secara tidak langsung dengan emosi orang2 tersebut. Ada hal yang boleh membuatkan kita tertawa suka malahan ada juga yang pedih menyedihkan. It kinda normal...(yatta yatta...Ini cik wani yang tulis...pepagi daa emo, eyh xda la cuma berkongsi...)
I never thought that I could share those things like that with him. Sebab tak pernah dibuat cik Wani cerita perihal dia especially about those mushy wushy thing (bahasa alien ko apa tau..)
Back to normal...ok...I decide to take charge and get involved into something. Then of course I can’t turn back (actually I can’t but I choose not to..) because it has become part of my duty. I start it, hence I need (nak ke tak nak ke) and it’s been my responsibility to finish it.
After that, then bermulalah kisah hikayat baru dalam hidup ni. Yeah...apa nak buat, just like what has been stated above, I decide then I need to pay the ‘price’. Satu hal...actually masa buat keputusan untuk join ‘that something/programme’ mungkin pertama, niat terpesong. Kedua, hati tak yakin. Sebab apa...because tak mintak petunjuk Dia! Tak buat pun istikharah ke apa...yang tau main aci redah je. Langsung tak da pendirian tetap kat hati ni. Mungkin pasa tue la Tuhan nak tunjuk...I got a terrible ‘broken heart’ beb!! (some sort of that la..kunun2nya).
Kemudian mula la menyalahkan diri...buat kerja/keputusan tak fikir panjang. (sigh) Padahal.....memang sah2 diri sendiri yg salah...(eyh jap...betulla salahkan dirikan??).
Hurm...but then, that kind of mind set has change since I have a talk with this someone about something. Suka usik dia...have a lame joke about ‘pilihan hati dia’ (adala menda dia cerita...private secret!)
Tetiba bila dah lama bercerita soal pilihan hati dia serta keputusan yang dia dah ambil, maka keluarlah satu soalan cepu kepala sendiri ni.
“Seniora serius buat keputusan ni?? Tak terdetik ke terlintas ke suatu hari nanti akan ada rasa kecewa yang datang bertandang malah mungkin menjentik hati untuk berasa sedemikian. Yela umur muda lagi kot...dah buat keputusan berani mati macam ni. Umur Insyallah panjang lagi (amen Ya Rabb)...Dunia luas lagi tuk nak diteroka...Manusia berduyun lagi belum jumpa. Tak rasa rugi ke...akan terlepas semua peluang tu bila come up with this kind of decision??”
Actually bila aku start tanya macam tu, ada nada ‘sarcastic’ sikit sebenarnya. Cuba memasukkan jarum was2 dalam hati dia terhadap keputusan yang dia dah ambil Saja nak uji, nak tengok sejauh mana yakinnya dia serta teguhnya dia nak pertahankan apa yang dia percaya (waceyy...tetiba rasa jahat, eyh tak...nakal jepp!).
Maka jawabnya, “Insyallah saya yakin dengan keputusan yang saya ambil dan Insyallah saya tak menyesal sebab itu adalah keputusan yang telah saya ambil dan apa jua yang mendatang selepas ini akan saya tempuhi dengan penuh keyakinan dan kepercayaan hanya kepada Dia. Sebab selama saya hidup ini belum pernah ada rasa sesal yang datang menyinggah dalam hati...Insyallah. Apa jua keputusan yang saya ambil itu adalah selepas saya berfikir panjang serta mengambil kira semasak2nya akan kesan terhadap apa yang saya lakukan itu... Tahu tak kenapa saya seyakin ini??”
Aku mula memasang deria untuk memberi sepenuh perhatian terhadap jawapan yang akan diberinya.
“Kalau saya nak beli sesuatu yang paling saya ingini even benda tersebut adalah sekecil2 barang...saya sudah terbiasa untuk beristikharah kepada Dia. Tambahan pula dalam hal2 sebegini...”
“Berapa kali Istikharah??” Aku bertanya dalam nada tidak sabar...masih menanti jawapan. Sekilas dia tertawa...
“Cik Wani...Istikharahlah sampai dapat jawapan. Tak kiralah walaupun itu membawa makna ia memerlukan kita untuk beristikharah sehingga 5 6 kali sekalipun. Malah kalau sekalipun kita sudah diberi petunjuk, ulanglah istikharah tersebut sehingga hati kita benar2 yakin, pasti dan beroleh ketenangan. Sebab apa...supaya nanti bila apa jua yang terjadi pada masa hadapan, kita dapat hadapi dengan tenang. Masa tu kita yakin, apa yang Allah dah bagi pada kita adalah yang paling terbaik dalam kalangan yang terbaik hanya untuk kita. Mungkin jua sebagai ujian buat kita. Dengan cara tu la nanti rasa kesal tu Insyallah takkan pernah ada sebab kita dah percaya dan berserah sepenuhnya kepada Dia yang Maha Mengetahui.”
Jawapan dia yang panjang, penjelasan dia, keyakinan dia, ketenangan dia...semuanya buat aku berfikir. If that is what happen, then we should actually have NO reason to feel sad of something. Memang sedih tu akan ada. Tapi cuba fikir...buat apa membazir air mata, merasa sedih dan larut dalam rasa sedih tu untuk tempoh masa yang panjang andai ia langsung tidak memberi sebarang faedah. Semua yang jadi dalam hidup ni adalah ketentuan Dia semata. Life is a big school. Allah teaches us on His own way. It depends on us then to accept it and utilised it on our own way. Bersangka baik pada Dia serta bersyukur atas segala nikmat serta ujian yang Dia dah beri. By the way, NOTHING is FREE in this life right??
ps: Belajar untuk tidak takut bagi mengambil segala keputusan dan membuat pilihan. By the way...everything got its own risk...

No comments:

Post a Comment