1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu nasib tidak menyebelahi kamu,Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan terburuk di dalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor,Fikirkan tentang orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu memandu kenderaan,Fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaan kamu,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak melakukan kesilapan.
12. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan yang kamu masih terus hidup…
**Take from my FB note, 2/11/2010...
It's true that sometimes we always take things for granted. while doing something we always hope that we will also get something in return. Try...try and try to do somethings just for the sake in seeking the 'redha' from Allah. Then you will know how it feels.
Kita akan merasa kecewa yang teramat sangat bilamana kita melakukan sesuatu dan kemudian kita memikirkan akan balasan yang akan kita kecapi hasil pengorbanan dan pemberian yang telah kita buat. Tetapi apabila kita melakukan sesuatu atas dasar yang berbeza yakni semata-mata demi mencari redha Ilahi, hanya kerana DIA...maka dari situ kita belajar mengikhlaskan diri dalam mengerjakan sesuatu. Ikhlas memberi, ikhlas membantu serta ikhlas untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku di kemudian hari. Saat itu bilamana manusia tidak 'melihat' apa yang telah kita korbankan...kita tidak lagi merasa kecewa atau terdetik untuk merasa sedih kerana kita sedar...Bukan nilaian manusia yang kita cari....
Dear me and all...
Teman terbaik adalah cerminan diri sendiri. Muhasabah itu perlu. =)
No comments:
Post a Comment