Saturday, December 10, 2011

Beza...Aku & Dia

Currently I’m very busy with tons of assignments…ya walla walla eh (making sounds)Back to the purpose of why I am writing this….(forget to mention, recently my English is going worst…day by day…haaa I wonder how can I improve my English again…aa bahasa melayu pun sama!)
Malam tadi aku ke rumah kawan sekumpulan (for group assignment) bersama dengan seorang lagi rakan. Sebelum ke sana (kolej adala) kami singgah ke kafe yang berlatar belakangkan pemandangan tasik bagi menjamu perut yang sedang bermesyuarat kelaparan. Seingat aku sudah hampir setahun aku tidak menjejakkan kaki ke sana andai perut terasa ingin menjamu selera. Destinasiku Cuma kafe di dalam kolej atau specifically, bawah apartmentku sahaja. Namun hari ini, alang2 ke tempat yang kononnya jauh dan alang2 kafe tersebut baru sahaja kembali beroperasi setelah mengalami process renovation (makin cantik!! And exclusive) maka kami pun menyinggah untuk berubah angin.
Senyuman terukir indah tatkala kaki melangkah masuk ke bangunan baru café tersebut. Kagum dengan binaan serta keindahan sekeliling hasil gabungan alam dan konsep harmoninya. Malangnya masih banyak gerai yang belum beroperasi. Mungkin sahaja kerana ianya masih baru. Selesai mengambil order, kami tercari2 kedai yang menjual minuman. Malangnya tidak ditemui. Aku hanya terpandangkan sebuah gerai yang menjual wafer dan ice blended. Tanpa berlengah, temanku mengajak aku membeli minuman di kedai tersebut.
Tiba di hadapan kedai tersebut, kami disambut mesra dengan senyuman oleh si pemilik gerai. Lagaknya juga tampak sopan dan formal dengan tangan di belakang dan struktur tubuh yang ditegakkan. Aku memandang kesegenap ruang kedainya. Mencari andai kedai tersebut ada menjual minuman yang ‘berbancuh’ seperti teh tarik. Aku kepingin mahu memenuhi hasrat inche perut untuk meneguk teh tarik. Malangnya tak ada! Yang ada Cuma jus buah2an dalam botol yang sedia untuk siap dibancuh dan harganya RM2.50!wuuu bocor poket~
Aku dan kawanku menanti dengan penuh tabah…ya…begitu tabah. Kesabaran kami teruji sedikit apabila saudara yang empunya kedai itu Cuma seorang pada ketika itu dan pelanggannya hanya kami berdua namun pergerakannya kelihatan agak lambat walaupun pada penglihatanku dia agak cekap. Rakanku yang bosan menanti dengan perut yang lapar mula merungut kecil dan beralih ke gerai sebelah untuk melihat menu makanan sampingan buat menjamah perut dikala malam nanti sambil menyiapkan assignment. Maka tinggallah aku masih setia menanti di gerai tersebut.
Aku memerhatikan pergerakannya sekali lagi. Memerhatikan setiap titik air yang mengalir ke dalam cawan. Nah, order kami dah siap! Serentak dengan itu juga aku tersentak! I was like…………….startled! aku salah memandang ke? Err..No I was not wrong…Astaghfirullahal ‘azim…. Aku lantas mengucap panjang tatkala minda kembali ke  alam realiti. Tangannya tidak sempurna…atau dalam kata lain yang tak mampu aku sebutkan dengan lisan…cacat.  Dia tidak punya jari-jemari. Walau dengan kekuranga yang dimiliki, dia mampu!
Mampu untuk mencari berdiri di atas kaki sendiri. Mampu untuk berjuang, berusaha denga titik peluh dan daya upaya sendiri demi mencari sekelumit rezeki di bumi Tuhan. Aku?? Hanya mampu merungut tatkala gagal melakukan sesuatu malah meletakkan kesalahan atas kekurangan sesuatu yang lain dengan menyatakan yang ia terlalu susah untuk aku laksanakan. Dia…??orang tadi…dia tidak meyerah walau dengan  kekurangan yang dimilikinya. Ya Allah…aku jadi malu padaMu…Sungguh…..Siapalah hamba disbanding dengan dia.
Allah jadikan aku terlalu sempurna. Sempurna dengan adanya sepasang kaki dan tangan yang cukup sifatnya buat membantu aku untuk survival di atas muka buminya. Akal untuk melaksanakan apa yang tak terjangkau dilakukan oleh makhluk yang dinamakan binatang. Sepasang mata buat melihat bukti kekuasaan-Nya. Deria yang diberikan untuk merasakan sendiri apa yang telah Dia kurniakan pada hamba-Nya. Lalu nikmat manakan lagi yang hendak aku dustakan? Nikmat manakah lagi yang hendak aku nafikan? Tidak bersyukurkah aku?
Terus minda membawa aku kembali kepada timbunan assignment  yang menanti untuk disiapkan dalam masa terdekat. Allah takkan hadirkan sesuatu yang kita sendiri tidak mampu untuk pikul. I need to move! Ya Allah syukur atas ibrah ini. 

Gambar ni amat2 menyentuh hati!!

Nota kecik: Terkadang penting jugak kita membandingkan diri dengan insan lain. Jangan bandingkan kelebihan kita dengan sesuatu yang lebih lemah. Itu bias membuat kita angkuh. Jangan pula membandingkan kekurangan diri dengan insan yang lebih hebat. Itu bias menjadikan kita insan yang tidak tahu bersyukur. Wallahu’alam..

1 comment:

  1. macam depa selalu dok cakap tu...
    "sebelum na komplen takdak kasut baru....tengok dulu mereka yang langsung takda kaki"



    *anyway...post yg sgt inspiring...

    ReplyDelete