Monday, June 27, 2011

Coretan Fikiran...Bencana Alam

Assalamualaikum w.b.t…
Sekadar coretan pengisi masa lapang. Andai membawa makna, Alhamdulillah. Semua yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan itu sesungguhnya datang daripada kelemahan dalam diri saya.
Tiada apa yang penting cuma hati ini sedikit tersentuh melihat suatu video dan membaca artikel mengenai fenomena bencana alam yang terjadi di seluruh dunia. Tidak sedikit daripada mangsa itu yang mengalami kejutan perasaan. Tambahan pula apabila mereka kehilangan orang tersayang, tempat bergantung serta rumah tempat berteduh.
Sedang asyik menyelak lembaran muka surat di sebuah majalah yang memaparkan kisah ini, mata saya terpaku pada satu gambar yang dirakam oleh wartawan majalah tersebut. Subhanallah… Automatik bibir saya mengucap memuji Dia. Ada sepasang keluarga yang turut terkorban dalam bencana tsunami tersebut. Mereka menemui ajal dalam keadaan masing-masing berpegangan tangan. Namun apa yang lebih membuatkan saya terpana adalah bilamana mata saya melihat bahawa di dalam dakapan salah seorang daripada mereka adalah ‘Al-Quran.’ Ya..dia menemui ajal dalam keadaan sedang memeluk senaskhah Al-Quran. Dipeluk erat dalam dakapan. Jelas dapat dilihat melalui lensa kamera yang merakamkan momen tersebut.
Saya cuba membayangkan apalah agaknya serta bagaimana agaknya keadaan saya bilamana maut datang menjemput. Mudah-mudahan Allah mematikan saya dan kalian semua dalam keadaan husnul khatimah yakni dalam keadaan yang serba baik..ameen~


Then...I found out this music video. Sing by Sami Yusuf. One word to decsribe..."NICE!" Enjoy listening to it. Tapi jangan lupa cuba hayati lirik dia. So meaningful dan sangat menyentuh hati especially part dalam bahasa urdu tue (kalau anda semua faham maksud dia la...hehe)
The main thing that I want to highlight here is all about "Give your hand to help those in need." Macam bencana alam yang jadi di seluruh dunia sekarang atau mungkin juga pasal isu kemanusiaan serta peperangan yang masih belum menemui titik penamat. Mungkin kita tak boleh membantu mereka secara terus. Namun kita masih boleh membantu! Kita sendiri...cuba elakkan diri daripada mencipta 'peperangan' kecil dengan rakan2 atau orang sekitar kita. The big things always start from the small little things that we thought meaningless or unimportant or less important.
Pertolongan yang ikhlas adalah pertolongan yang datang daripada hati. Bukan daripada diri yang rasa sekadar mahu menolong. Bila dalam diri tak ada sifat keikhlasan dan rasa bertanggungjawab untuk turut sama menolong maka segalanya akan dilakukan ala kadar.
Seperti apa yang terjadi dan pernah saya sendiri saksikan. Satu kes dimana sekumpulan atau orang ramai yang datang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Rata2 menunjukkan kesungguhan dalam membantu mangsa dengan memberikan sumbangan daripada pelbagai sudut walau kurang berkemampuan. Namun amat menyedihkan bilamana ada pihak yang bertindak mengambil peluang membuat kebaikan dengan menderma pakaian terpakai mereka yang sudah lusuh dan kondisinya tidak lagi baik atau dalam erti kata lain sudah tidak boleh dipakai. Haishh....
Tak nak cakap panjang lagi..enough for now (padahal malas daa nak tulis panjang2 en). Kesimpulannya fikir2kanlaa...Tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah namun orang yang memberi itu tak semestinya mulia dan belum tentu baik andai kata tiada keikhlasan dalam amalnya itu. Allah melihat dan mengambil kira amal kamu namun Dia juga sebenarnya menilai hati kamu.
Sekian.

8 comments:

  1. yg pasal family tu...dekat pakistan ka...?

    ReplyDelete
  2. Family yg berpegangan tangan dan ada salah sorang yg erat memeluk Quran tue ka??Itu diceritakan pengalaman wartawan yg melihat kejadian mangsa gempa bumi kat Acheh..Gambar dia pun ada..

    ReplyDelete
  3. aaa....share link tue leh...?.*begging face

    ReplyDelete
  4. aaa...link gambar2 fmily yg pgang Quran tu...?

    ReplyDelete
  5. aaa...inchee mukmin..ce baca betul2...saya tak tengok kat internet la...so cane nak kasi link...huhu saya tengok kat majalah. Tak ingat dh majalah al-Islam ke Dara ke, Perempuan ke apa ke...kat umah saya ni buku bersusun banyak sangat kalau nak carik balik...huhu

    ReplyDelete
  6. oh god!...sori2...i was so excited bca cita sal family tu....*malu2

    ReplyDelete
  7. haha...sik pa..nang pekara besa jak.. =P

    ReplyDelete