Friday, June 24, 2011

Kisah pengalaman CINTA seorang Ustaz.

 Assalamualaikum w.b.t...dan salam ceria... =)



Aku terjumpa video ni waktu sedang asyik mencari sesuatu untuk didengar...haha! Agak menarik cerita pengalaman Ustaz ini...Ustaz Jamnul Azhar Mulkan.
Mengambil ibrah daripada apa yang cuba disampaikan oleh ustaz ini, ternyata sukar sekali untuk dilaksanakan. Tambahan pula dalam zaman serba canggih kini. Lagi bertambah sukar bilamana anak2 muda yang kemaruk cinta ini berputik cintanya ketika di alam universiti. Pastinya pertemuan mata bertemu mata ini sukar sekali untuk dielakkan.
Barangkali sebab tu emak 'beribu-riban' kali mengingatkan..."Kalau nak 'berkawan' tak cari orang dekat pun tak mengapa. Lagi jauh lagi bagus...." Itu kata emak...dan aku...akan buat muka terkejut tahap tenuk. Maunya tak terkejut. Emak orang lain suruh cari orang dekat2 je katanya nanti senang nak balik beraya ke apa. Tapi omak eden ni plak lain haa...
"Apesal mak cakap cam2??Mak tak risau ke kalau kak dapat orang jauh betul2. Tak ke nanti naya tak dapat balik raya..." Datar je aku bersuara.
"Bukan la macam tu maksud mak. Tapi cuba fikir..mak tengok anak2 muda sekarang kalau berjumpa mesti nak berjumpa. Kalau tak berjumpa tak sah. Macam tak cukup syarat nak berkasih-sayang. Tambah la pulak kalau dekat batang hidung ni haa. Mesti la kot mana pun dia akan ajak berjumpa, keluar. Ye idak? Sedang kalau ikut hubungan yang tanpa ikatan, mengikut hukum yang sah ni mana boleh buat macam 2. Mungkin katanya sekadar berjumpa tak da buat apa pun. Tapi boleh jamin ke? Ingatla...benda2 kecil yang macam ni la sebenarnya merupakan permulaan kepada benda2 besar yang lain. At least kalau masing2 duk berjauh risiko tu boleh la jugak nak di kurangkan."
Aku ketawa je la dengar mak cakap macam tu...hehehe Sebab memang pun la aku pun rasa macam 2...huhu~

3 comments: