Saturday, August 6, 2011

Forgive Me Allah...

Here is a nasyeed I found on You Tube. Such a nice and meaningful nasyeed. Try to take some time, listen to this song and scrutinizing it!
  


Pernah tak anda cuba bayangkan, seandainya segala nikmat yang ada pada anda ketika ini dicabut oleh Allah? Anda hilang kedua belah kaki, kedua belah tangan, hilang nikmat mendengar, mata anda tidak lagi dapat melihat. Bahkan peti suara anda juga tidak sesempurna dulu? 

Mungkin apa yang cuba saya minta anda bayangkan ini agak berlebihan. Tapi pernah tak anda fikirkan, tidak mustahil di suatu sudut di duania sana ada seorang insan yang keadaannya seperti yang saya nyataan. Seorang insan yang akhirnya menderita kerana akibat daripada peperangan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Kita merasakan sesuatu itu mustahil bilamana akal kita terbatas. Akal kita terbatas dek kerana pengalaman kita yang masih belum cukup dan kerana kita belum habis meneroka dunia di luar sana.

Syukur Nikmat

Allah swt ada menyatakan di dalam Al-Quran;

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 
(Surah Ibrahim:7)

Cuba kita ambil kesempatan di dalam bulan puasa ini untuk merenung kembali apa yang telah kita perolehi sepanjang kita hidup di muka bumi. Lantas, renungkan juga apa yang telah kita lakukan dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Allah itu. Kaki yang Allah kurniakan ini, adakah kita telah menggunakan ia untuk melangkah memakmurkan rumah-rumah Allah. Tanganmu itu, adakah ia pernah bersedekah dijalan Allah? Nikmat mata itu adakah engkau gunakan untuk melihat alam ini lantas merenung sejenak akan kekuasaan ciptaan Dia atau engkau gunakan untuk melihat 'pemandangan indah' gadis-gadis jelita yang berjalan melintas di hadapanmu? Harta mahupun hasil titik peluhmu seharian di lapangan kerja itu sudahkan engkau bahagikan barang sedikit buat diinfaqkan pada jalan Allah?

Hargai Apa Yang Kita Ada

Banyak sekali nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Namun manusia itu sifatnya selalu tidak pernah merasa puas. Bahkan terus meminta dan meminta. Cuba mulai daripada sekarang kita belajar untuk menghargai apa yang telah kita perolehi. Gunakan ia pada jalan yang sepatutnya. Fikirkan sejenak nasib mereka yang jauh lebih susah daripada kita. Mereka-mereka di luar sana yang tidak dapat melihat, yang tidak punya tangan, yang tidak punya tempat berteduh dan mereka yang makannya sekadar 'makan kalau ada'. 

Mungkin mereka itu sangat berbeza sekali dengan sesetengah daripada kita yang pada bulan puasa ini makanannya penuh ruang semeja namun akhirnya berakhir di tanah lantaran tuannya tidak dapat menghabiskan makanan tersebut. Pernah tak waktu kita sedang menjamu selera atau berbuka puasa mungkin, kita ambil waktu itu untuk mengucapkan syukur di dalam hati barang sejenak sambil memikirkan nasib mereka di negara sana contohnya Somalia yang mungkin sedang bersusah hati memikirkan dengan apa mereka akan berbuka atau menjamu selera untuk mengisi perut nanti. 


Akhir kalam...belajarlah untuk syukur, bukan kufur~


1 comment:

  1. such an exquisite song!
    typical hazwani,
    always shares nice thing wif people...
    :)

    ReplyDelete