Terima Kasih Ibu...Untuk Kasih Yang Tak Pernah Usai
Malam tadi ada meeting bersama AJK Kelab. Entah kenapa hati terasa berat sedikit sebenarnya. Alangkah baiknya andai diri ini dapat dibahagi dua. Aku merasa gak serba salah kerna dalam masa yang sama aku punya aktiviti kolej yang turut menuntut aku untuk hadir ke sana. Meeting hanya selesai setelah jarum jam melepasi 12 tengah malam. Perut aku berkeroncong minta diisi dek tidak makan seharian. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku menurut untuk makan bersama Izzah di luar. Agak emosi malam ini mungkin kerna aku berasa sedikit ‘sendirian’.
Aku ceritakan sedikit lakaran hati buat Izzah. Lebih kepada melepas rindu yang terbungkam di hati. Aku sedar handphone aku berbunyi kala itu. Sengaja aku biarkan tidak berjawab. Malas untuk menjawab kerana sangkaku ia sekadar panggilan dari kenalan. Maklum aja jam sudah agak lewat malam kala itu. Sampai di rumah,kebiasaanku...membaca sesuatu sekadar mengisi masa sebelum tidur.
Nyata aku gagal melelapkan mata. Minda ligat berputar. Entah kenapa juga aku jadi ingat pada ibu. Apa khabar ibu di kampung? Hati jadi kepingin mahu menonton cerita Safa dan Marwah...cerita kegemaran ibu. Tangan ligat men’google’ cerita tersebut di youtube. Tersenyum aku...terfikirkan ibu. Tiba-tiba teringat panggilan tidak berjawab tadi. Ya Allah...dari ibu! Mahu menelefon kembali sudah larut malam benar. Aku tahu lena ibu seperti aku, tidak boleh terganggu. Khuatir nanti mengganggu kualiti tidurnya lantas menjejas kesihatannya di esok hari.
“Allahu akbar..........” Nah azan Subuh berkumandang syahdu dari desktop aku! Sudah Subuh rupanya! Alhamdulillah dapat aku solat awal waktu. Subuh aku pagi ini...sangat berbeza. Sungguh....ada satu rasa dingin yang sangat mendamaikan. Aku terfikirkan sesuatu. “Jika hatimu tidak dapat menangis lantaran mengingatkan dosa-dosamu, maka menangislah kerna dirimu yang tidak dapat menangis itu. Saat itu mungkin juga hatimu kelam!” Ya Allah....Jauhkah aku dari Mu?? Serentak air mata ku jatuh!! Betapa sungguh aku hina. Lama benar sujudku kali ini. Sungguh...duduk dua tahiyat ku juga sungguh ku rasakan ku hayati sesungguhnya maksudnya.
“Ya Allah ampunkan aku, sayangi aku (lama aku terhenti...jatuh juga air mata yang cuba ku tahan!)...tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki, petunjuk, sihatkanku dan maafkanku.” Amat menyedihkan bilamana seorang hamba yang kononnya dipandang baik dimata manusia namun di mata Tuhan-Nya hanya sekadar sebutir pasir di pantai. Aah...air mata ini tak dapat lagi aku bendung! Aku menangis tak berlagu dalam doa.
Bingkas aku bangun, mengadap laptop. Lagu ‘doa untuk ibu’ berdendang sayu. Aku rindu ibu! Jam 6pg aku telefon ibu. Menahan sebak dan sedu, berharap agar tak terkesan di pendengarannya. “Assalamualaikum...kakak makan?sihat?udah solat?” Sebak itu aku tahan. Bertubi solannya menandakan dia benar risau sedang aku menyibukkan diri! Aah...sungguh dalam kesibukan itu aku jadi lalai dan terlupa! Dia insane yang jauh tapi dekat! Dua minggu aku tidak sihat dan meyepi. Makanku tak terjaga dan kehadiran serta tanggunggajawabku tidak sesempuran harapan. Sungguh andai ibu tahu....pasti dia maikn risau akan anaknya yang tidak pandai menjaga diri ini.
Sejak kecil memang aku sering sakit. Makan tangan itulah...Tangan yang makin dimamah usia itulah yang mengurut aku, yang menghulur makan kepadaku sehingga di atas katil Hati itulah yang risau bukan kepalang. Riak wajah itunlah yang tetap menyembunyi gelodak di jiwanya. Tatkala aku bersenang mewah di sini...dialah di sana yang bergolak-gadang mencari duit untuk dikirim ke sini. Sungguh ibu itu pendusta yang setia.
“Mak dah makan...mak sihat (walau terkadang terdengar batuk-batuk kecilnya) Dia...pendusta yang penuh kecintaan. Ibu...sungguh aku insane yang tidak tahu bersyukur. Ampunkan anakmu ibu... “Mak...mak jaga diri ya, jangan risaukan kakak lagi. Kakak dah makan malam tadi. Maaf malam tadi panggilan mak tak berjawab. Mak janganh lupa makan, jangan buat kerja berat-berat. Kakak sayang mak....(tak sempat menghabiskan butir bicara!) “Kakak belum sihat ke? Kakak menangis ke? Kakak kenapa cakap macam ni? Kakak...kakak sakit lagi ke? Kakak cakap macam orang yang dah nak pergi. Kakak jangan cakap macam tue. (aku terdengar suara ibu mula berubah...ibu menangiskah? Aah serba-salah aku jadinya...)
“Tak mak...kakak...saja cakap. Kakak nak ucap terima kasih. Mak dah banyak berkorban untuk kakak. Kakak minta maaf sering lukakan hati mak...buat mak risau. Cuma tue...” Aku menahan sebak. Telefon aku alihkan sebentar. “Kakak balik tak cuti ni? Kakak jadi pergi ke Sabah jugak ke? Mak risau...berat hati sebenarnya nak lepaskan kakak ke sana. Takut jadi apa-apa.” Aku tersenyum hambar. “Tak pe mak...kak pergi dengan Nasya dan Fatin.” Aku tersenyum lagi mendengar bicara ibu. Memesan agar aku menjaga diri.
Tiba-tiba perbualan kami mati. Kredit aku habis. Sekurang-kurangnya aku rasa ‘ringan’ selepas meminta maaf dari ibu. Langit subuh aku pandang sayu. Esok masih adakah untukku? Aku jadi ingat mati...tak salahkan??? =) Malah aku tenang...cukup tenang kerana aku mampu memohon maaf dari ibu...menyatakan yang aku cukup sayang padanya! Sangat! Mesti terkadang rasa sayang itu tak bisa terungkap mahupun disampaikan dengan perbuatanku.
Tapi sungguh memandang wajah ibu sudah cukup membuat aku sayu. Bening wajahnya menenangkan jiwa. Dia mendengar segala cerita duka ku...Dia bahu tempat aku bersandar dan menangis. Dia tangan yang menyuap aku untuk makan.
Dia cinta ke-2 yang aku kenali saat membuka mata melihat dunia. Cinta ke-2 sesudah Dia. Ya Allah...doaku buat ibu. Kau peliharalah dia. Aku mohon...andai aku dipanjangkan umur, aku mohon diberi kesempatan dan peluang untuk berbakti padanya. Aku mohon ruang agar dapat aku isi dengan secebis kasih ku padanya walau tidak setara kasihmu. Aku mohon Ya Allah moga dia senantiasa dalam rahmatMu. Telefon berbunyi... “Kakak...kredit habis ke?Nanti mak tolong topupkan. Jaga diri baik-baik. Selalu ingat Allah. Mohon pada dia andai ada masalah. Ingat Dia senantiasa.” Hanya sepatah yang mampu ku tutur. “Insyallah...baik mak.” Bicara kami sampai di situ. Air mata yang jatuh aku seka...Terima kasih ibu. Terima kasih buat segalanya. Doaku buat ibu...moga ibu senantiasa dalam rahmat kasih dan saying-Nya. Amen...
-doa buat ibu-
Anakmu...7.00pagi
Kota Samarahan, Sarawak.