Alhamdulillah...Hanya itu yg mampu aku lafazkan saat aku berada di sana. Alhamdulillah aku berani bersuara di hadapan sidang perwakilan yang lain saat dewan bersidang membentangkan hujah masing2. Syukur aku pernah menjadi anak didik cikgu Harison dan cikgu Kamil. Ya...nama guru2 ku ini akan selalu ku kenang setiap kali aku berucap di hadapan umum. Mereka mendidik aku untuk memberanikan diri berdiri serta memberi pendapat di hadapan khalayak ramai. Syukur juga rakan2 yang mengikuti program itu rata2nya memberi respon positif terhadap idea2 dan keberanian aku untuk berhujah di hadapan sidang perwakilan yang lain. Tapi apa yang pasti perasaan berdebar-debar itu adalah sesuatu yang tidak dapat aku elakkan. Mana tidaknya kebanyakan mereka merupakan orang2 penting yang mewakili universiti masing2. Malahan kebanyakan mereka sebenarnya merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Terasa juga betapa diri ini sangat kerdil tatkala ingin bangun mengutarakan pendapat sendiri. (T.T) Hari terakhir di Sabah hati ini seakan keberatan sekali untuk pulang. Aku tahu pastinya bila aku tiba di Sarawak nanti, banyak kerja2 JPK dan pastinya assignment menanti aku...Ikutkan hati mahu saja aku melarikan diri bersembunyi di bumi Sabah ini...hehehe Namu tanggungjawab tetap tanggungjawab. Aku yang memikul amanah makanya akulah yang perlu mendidik diri untuk memikul tanggungjawab yang telah diberi. =) Ya Allah tabahkan hatiku selepas ini...
No comments:
Post a Comment