Lama matanya terpaku pada wajah di depan. Sesekali dia mencuri pandang tanpa sepengetahuan si empunya badan. Bila sedar tingkahnya sudah dapat dihidu dia pantas mengalih pandang. Terdengar keluhan kecil terlepas dari bibir comel itu...’Insan seperti aku seharusnya sedar diri...Mana layak pipit jika mahu dipadankan dengan sang enggang.’ Duduknya tidak lagi selesa. Hati meronta mengharapkan mesyuarat yang baru sahaja bermula itu tamat dengan kadar segera. Risau, gundah, takut....Cakaplah apa aja perasaan, semuanya datang bertandang tanpa dijemput serentak bertamu saat itu. Dia meraup wajah. Kembali mengumpul kekuatan dengan menggenggam erat pen ditangan. Tekadnya kini Cuma satu. Mahu menyelesaikan apa yang telah tertulis untuknya. Kalau boleh melakukan sesuatu dengan seikhlas hati yang jujur tanpa mengharap balas. Sungguh dia sedar, perbincangan tempoh hari mungkin telah membantu melerai ikatan minda...Tapi ternyata rupanya ikatan itu terlerai agar ia boleh mencipta ikatan baru di hati. Sungguh makin runsing jiwa dibuatnya!
SASTERA.....Releks arr beb..kadang2 hidup sorang2 lagi baik...single mingle.....kan2...
ReplyDeletesemuanya di tangan Allah..masanya akn tba bila Dia tahu mana yg terbaik untuk hambanya
ReplyDeleteuish!..bahasaaa.....
ReplyDeletewohoo....macam ayat orang bercintakah???ahaha...saba yop...diba, ang tau wani sejak sekolah.... =)
ReplyDeletemukmin:besala....ayat mau kelassss.....kata anak murid cikgu harison kan....hehe
mesti la:)
ReplyDelete