Hari kedua kem INTERI berlangsung. Sungguh hati ini risau sebenarnya. Risau andai tiga orang budak nakal itu tak datang. Bimbang andai pujukan malam tadi tidak member kesan. Aku tahu dan sedar mereka bengang dan marah atas teguran daripada beberapa orang fasilitator malam tadi. Haih...Mungkin mereka masih belum cukup matang untuk menilai buruk baik teguran kami. Mungkin juga mereka masih belum dapat menilai serta mencerna nasihat kami dalam bentuk yang lebih positif serta menerima apa yang kami cuba sampaikan dengan fikiran yang terbuka. Tak apa...perjalanan kami masih panjang dan aku sendiri sedar masih jauh jalan yang perlu kami tempa.
Namun Alhamdulillah, satu kejutan buat aku pagi ini. Mereka hadir juga untuk hari kedua kem INTERI walau masing-masing berwajah masam mencuka. Aku...berdiri...cuba memaniskan wajah...Masih menyembunyikan rasa sakit yang aku rasa sejak malam tadi. Wallaweh...sakit, bila la kau nak sembuh ni eyh?? Ok...saya mengaku saya dah telan ubat dalam tempoh masa yang tak panjang...Meaningnya???uhuuu~
Back to our story...Latihan Dalam Kumpulan (LDK) hari ini mungkin agak berat sedikit bagi adik-adik untuk melaksanakannya. Kami tahu itu namun akak2 dan abang2 tidak memaksa anda semua. Kami cuba untuk memahami situasi serta tahap penerimaan adik2. Kami sendiri sebenarnya agak tertekan sewaktu dipanggil dan dimaklumkan bahawa LDK tenaga kinetik tidak mencapai objektif yang diharapkan. Namun, kami masih cuba menyembunyikan tahap tekanan masing2...uhuu~ Ya...kami juga tahu adik2 tertekan....All we hope is a little cooperation from all of you.......just.....a little. Namun dalam keadaan diri yang rata2nya tertekan terselit rasa bangga bila melihat semangat adik2 semua. Terima kasih daripada kami.
Explorace adalah acara yang amat meriah pada petang itu. Rata2 peserta kelihatan sangat bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini. Malah semuanya kelihatan sangat ceria. Kami turut merasa sangat gembira. =)
Buat adik2...teruskan bersemangat untuk esok!!!
**ps:Maaf buat adik2 yg sakit...Maaf juga Vanessa, wani terlepas pandang tanggungjawab sebagai AJK ER...huhu Leka melayan karenah adik sampai terlupa...
**ps:Maaf buat adik2 yg sakit...Maaf juga Vanessa, wani terlepas pandang tanggungjawab sebagai AJK ER...huhu Leka melayan karenah adik sampai terlupa...
No comments:
Post a Comment