Monday, April 4, 2011

Kem INTERI 1/4/2011(Jumaat)


Perasaan tidak sabar serta berdebar-debar datang melawat hati sebelum kami bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman. Sejujurnya saya rasa kurang sihat. Hari ini En Sakit datang melawat lagi....dan saya sebenarnya berhasrat untuk menarik diri daripada mengikuti kem ini di saat akhir. Mujur akhirnya sakit ini mula berkurang dan perlaha-lahan En Sakit pulang diganti dengan En Sihat yang sudi menjengah member kekuatan serta tenaga untuk kembali bersemangat. 
Rombongan Cempaka dari UNIMAS bertolak ke SMK Sri Aman apabila jam hampir ke pukul 2.00 petang dan tiba ke sana ketika jam 6.00 petang. Kami berasa sangat terharu dengan sambutan yang penuh kerai daripada adik-adik SMK Sri Aman. Terima kasih adik-adik kerana sambutan yang telah diberikan. Terima kasih yang teramat daripada kakak-kakak dan abang-abang di sini. Melihat wajah kalian yang tersenyum girang cukup membuatkan kami terlupa seketika keresahan yang bersarang dihati kala itu. 
Malamnya ada aktiviti suai kenal antara kami serta pembahagian kumpulan. Sungguh kami merasa sangat kagum dengan ketepatan waktu adik-adik sekalian. Sangat berdisiplin! Adik-adik bukan hanya sekadar menepati waktu, tetapi sebenarnya mendahului waktu! Syabas kami ucapkan dan moga sifat ini berkekalan. 
Malu seketika melihat adik-adik yang bersemangat ini....hehe

No comments:

Post a Comment